BAB 6

Usai makan malam, Isa akhirnya telah membuat keputusan untuk meneruskan pertuanngan dengan Belle. ENtah kenapa dia merasa bagai ada sesuatu aura yang sangat kuat antaranya dan Belle. Wajah yang cukup penuh kasih sayang penuh kelembutan pada Belle sangat menyejukkan hati Isa dan tak pernah ditemuinya pada mana-mana perempuan sebelum ini.

Dalam masa yang singkat, Isa seakan sudah jatuh cinta sedalam-dalamnya pada Belle tanpa sedar… nampaknya sangkaan Isa tentang betapa kampungnya Belle tersasar kerana sikap Belle yang cool lagak gadis bandar walau hanya mengenakan baju kurung tetap menawan hatinya.

Mahu tersembul air jus manga yang dihirup Belle tatkala mendengar keputusan Isa itu. Rasanya baru beberapa hari lepas dia menerima mesej berbaur kebencian tiba-tiba hari ini dia setuju pula untuk terusskan? Pelik.

“Tapi , bukankah hari tu awak siap kecam dan ugut saya ….” Belum sempat Belle meneruskan kata- kata

“Eh itu sekadar ssms, siapapun boleh type bila ikut suka hati,’’ Isa cuba coverline, ,malu pula bila terfikirkan sms tiga suku yang dihantarnya oada Belle tempoh hari.

‘’Belle, saya mintak maaf sebab berkasar dan cakap macam-macam pada awak, saya akur pada permintaan mama dan saya ikhlas hati mahu meneruskan pertunangan ini.’’ Luah Isa merendah diri.

Baru dia sedar kuasa seorang ibu, pilihan orang tua nyata tak pernah silap. Menyesal hatinyakerana mengutuk dan cakap yang bukan-bukan pada belle dan sekarang tak sangka magisnya perasaan cinta datang pada Belle walau hanya pada pertemuan pertama.

“Huh?? Apa yang awak cakap ini?” marah Belle ..semalam sesuka Jiwa dia je kata aku orang kampung lah, siap bagi amaran jangan jatuh hati kat dia…argghhh tapi hakikatnya aku mmg dah tangkap cintan dengan mamat depan aku ini….. hensem sangat ya Allah …. Tapi perangai playaboys dia buat Belle was- was untuk jatuh hati terus pada dia..BAHAYA mamat ini …