Part 1.

" Risya! Cepat bangun, nanti lambat pergi sekolah " kejut Arisa.

Begitulah rutin hariannya sebelum ke tempat kerja. Dia harus menyiapkan anaknya untuk ke sekolah terlebih dahulu.

Arisya masih lagi lena tidur. Tiada langsung tanda-tanda untuk dia bangun. Arisa mengeluh perlahan. Anak daranya itu memang susah untuk dikejut.

" Risya, bangunlah sayang. Nanti mama lambat pergi office " Arisa menggerakkan tubuh anaknya.

" Risya mengantuk lah mama " jawabnya.

" Risya mana boleh macam tu. Risya kena lah pergi sekolah " .

" Tapi Risya penat.. " keluhnya.

" Sayang, tak boleh lah macam tu. Risya nak jadi budak pandai kan? Kalau nak jadi budak pandai kena lah pergi sekolah. Tak boleh lah malas macam ni " pujuk Arisa.

Dia tidak boleh bertegas dengan Arisya. Dia kenal anaknya itu. Jika bertegas, dia semakin melawan. Jadi dia harus menggunakan dengan cara halus untuk memujuk Arisya.

" Nanti jadi pandai ke mama kalau pergi sekolah? " soal Arisya.

Dia sudah bersila di atas katil.

" Ha'ah. Kalau nak jadi budak pandai, Risya kena pergi sekolah " .

" Okaylah Risya pergi sekolah. Risya nak jadi budak pandai. Nanti boleh kerja dekat office macam mama " .

Arisa tersenyum lebar. Akhirnya Arisya termakan juga dengan pujukannya.

" Haa macam ni lah anak mama. Dah cepat pergi mandi " pipi Arisya dicium.

" Okay " Arisya terus turun daripada katil dan melangkah masuk ke dalam kamar mandi.

Arisa menarik nafas lega. Dia terus turun ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan.

Sebaik tiba di hadapan tadika Al-Fateh, Arisa memberhentikan keretanya.

" Bye sayang. Belajar rajin-rajin okay. Nanti balik sekolah, mama jemput " Arisa mencium dahi Arisya.

" Bye mama " selepas bersalam dengan Arisa, Arisya turun daripada kereta.

Cikgunya sudah menanti di hadapan pagar. Arisa sempat melambaikan tangannya pada Arisya sebelum keretanya meluncur laju.

Begitulah rutin hariannya setiap hari. Sebagai ibu tunggal, dia harus menguruskan segala-galanya. Seandainya dia seperti perempuan lain, yang sentiasa ada suami di sisi. Tapi Arisa redha. Jodohnya dengan bekas suami tidak panjang.

Tipulah jika dia tidak rasa kasihan dengan Arisya. Kanak-kanak sepertinya perlukan kasih sayang dan perhatian seorang ayah.

Kadang-kadang Arisa sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjawab jika Arisya bertanyakan soal ayahnya. Kerana sejak dia lahir lagi, dia tidak pernah melihat ayahnya sendiri. Malah ketika Arisya masih di dalam kandungan, ayahnya tiada di sisi.