BAB 1

Jam di dinding menunjukkan jam 2 petang. Ain dengan lemah menghayun kaki menuju ke arah bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat Zohor. Dalam hatinya tersimpan seribu harapan mudah-mudahan hajatnya untuk menyambung pengajian ke menara gading tercapai. Selepas membuat rayuan kedua, Ain masih belum menerima jawapan dari mana-mana institusi namun dia tetap redho dan tidak pernah berputus asa. Semasa menuju ke bilik air, Ain terdengar ada kenderaan yang berhenti di hadapan rumah tetapi Ain meneruskan langkahnya dan tidak menghiraukan kenderaan tersebut.

“Ya Allah,.. permudahkanlah segala urusanku dan kau berikanlah peluang untuk aku mengejar cita-citaku, sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang lemah dan sering meminta pertolongan dariMu..”Ain bermohon seikhlas hati dalam doanya mudah-mudahan hajatnya untuk menyambung pengajian tercapai.

Gadis yang baru sahaja tamat SPM ini pernah memohon untuk melanjutkan pengajian di beberapa buah institusi pengajian tinggi namun usaha pertamanya itu gagal dan setelah membuat rayuan kedua dia sangat menaruh harapan agar peluang untuknya mengejar cita-cita terbuka satu hari nanti.

“Ain... mari sini cepat nak... tengok surat ni.” Teriak ibu Ain dengar nada yang sangat ceria. Ain berasa hairan dan sesudah dia melipat dan menyimpan kain sembahyangnya Ain keluar menuju ke ruang tamu

”Ye mak, kenapa ni nampak macam mak happy sangat..” Tanya Ain

”Ni,..cuba Ain tengok..surat dari kolej ni kan?” Jawab ibunya

”Haaa! Yeke mak? Mana, bagi Ain tengok..” Ain dengan penuh debaran membuka surat itu.

Hatinya sungguh gementar, apakah kali ini dia berjaya atau dia akan kecewa untuk kedua kalinya. Setelah meneliti surat tersebut berkali-kali, Ain tersenyum riang. Jelas riak wajahnya tampak gembira dan Ain terus memeluk ibunya yang ada di situ

”Mak...Ain dapat mak..Ain dapat...” Dengar penuh kesyukuran gadis kecil itu bersuara

”Syukur alhamdulillah... Mak tahu anak mak boleh, tahniah ye nak.” Ibu Ain mengalirkan mutiara jernih yang membasahi pipi.