Bab 2

Kring..! Kring..! Kedengaran telefon Erina berbunyi..Sayup - sayup kedengaran memecahkan malam yang Hening kegelapan..

Erina bangun dari pembaringan bunyian telefon bimbit dirinya dibiarkan, sebalik dirinya, mencari - cari sesuatu didalamĀ  laci bilik.Diari, Segera dicapai Diari Dan menulis semua kisah hidupnya pada hari itu..

Pembalasan hidupnya terhadap Ibu Dan Azizah, kemarahan Papa kepada Ibu, sambil dirinya memberikan senyuman sinis, pengenalan dirinya dengan Iskandar(IS) Dan pembelian tilam baru dari Papa beserta nama yang terpaut lama dalam hatinya, Elissa..?

Persoalan yang memerlukan jawapan.. Dia perlu menemui jawapan itu sendiri, satu hari nanti..Siapa Elissa dalam hidup Papa Dan dalam hidupnya juga..

Setiap satu peristiwa dicatat kemas Dan penuh penghayatan agar semua memori itu disimpan menjadi sejarah kehidupannya.

Tok..! Tok ! Pintu biliknya diketuk Elissa dari luar, jam menunjukkan hampir 02: 00 pagi, Elissa tersentak sendiri..?

Siapa ..?

Jerit Elissa Dan kedengaran tiada sahutan dari luar..

Erina biarkan sahaja perkara itu berlalu, tubuh telah Erina baringkan di katil takut akan kejadian itu, fikirannya telah memikirkan perkara -perkara mistik yang mungkin berlaku..

Mata dipejamkan rapat, telinga disumbatkan Kapas dia tidak mahu ada sesiapa yang mengilai ditelinganya, serentak itu juga beberapa siri hantu yang pernah ditayang Dan dilihat matanya, terbayang di fikirannya, dia tidak pernah mengalami perkara itu, jadi dia hanya boleh membayangkan cerita tang disampaikan kepadanya. Peluh panas telah membasahi dirinya..Semakin dia takut, semakin dirinya terasa mengantuk, lama Dan lama dirinya menunggu akhirnya dirinya tertidur sendiri Di dalam biliknya.. Terlelap terlena menunggu hari esok..

Keesokan harinya...!

Erina terjaga dari tidurnya bila dia Terasa tertidur dalam keadaan keletihan, dia benar - benar terlena akibat ketakutan atau kerana tubuhnya keletihan sangat.. Sepanjang hari dia keluar dengan Papa.Menghabiskan masa berdua bersama.. Semua memori indah itu telah terlakar dalam diarinya..DIARI ERINA MANIS

Erina da bangun..? Sapa Papa melihat anak gadisnya Erina masih menguap sambil tangannya mengosok mata..

Papa..! Sorry Erina lambat bangun, Tapi kan Papa...? Hmmmmm lama Erina mendiamkan diri, sambil matanya membelek - belek wajah papanya..

Kenapa Tapi..? Erina cakap dengan Papa, ada apa - apa yang berlaku ke semalam..? Kening papa dikerutkan.

Papa percaya kepada hantu..?mata aku pandang tepat ke arah Papa, Dan perkataan hantu itu aku aku bicara kan secara berbisik kepada Papa..

Papa mengerutkan dahi, Semalam ada benda menganggu Erina ker..? Papa sedikit terkejut..?

Dan perbualan kami terganggu bila terdapat suara nyaring yang tidak diiktiraf menyumbangkan suaranya dalam perbualan aku dengan Papa..Nenda..!

Hantu..! Suara kuat Nenda..

Engkau nak kata rumah aku ada hantu, Hei Erina..! Engkau sedar tak rumah yang engkau kata ada hantu tu rumah aku..! Nenda telah menyeringi memandang ke arah aku..

Bonda..! Kedengaran suara Papa lembut menyebut memanggil Nenda..

Aku hanya mampu berdiam..!

Nenda meneruskan..
Engkau sedar tak Erina engkau tu hanya menumpang.Keturunan aku tak ada kelakuan macam engkau ni..

Engkau jangan tak tahu semalam engkau Fitnah Azizah Dan Ariana.Mereka tu berdua cucu dan menantu aku..Engkau bukan siapa - siapa dalam rumah ni.. Engkau faham Erina..! Dengan wajah geram Nenda membicarakan perkara yang telah Beribu- ribu kali aku pekakan telinga untuk mendengar.

Tapi kenapa aku..? Apa salah aku pada Nenda....?

Aku hormat Nenda, satu arahannya aku tak pernah langgar, setiap arahannya aku turuti, aku ikut pesan Papa jangan melawan cakap Nenda, semua Arahannya aku tak pernah melawan, Sehingga kan kadang- kadang arahannya memakan diri aku.. Aku sayangkan Nenda..!

Tapi semua yang aku lakukan, mencurahkan kasih sayang kepada Nenda, Ini yang aku dapat, aku sering diherdik dengan kata cacian, aku semakin tidak faham dengan keluarga ini.

Nenda apa lagi salah Erina..! Sayu aku menanyakan soalan kepada Nenda, tangisan aku tahankan.. Aku kena kuat, itu pesan Papa kepada aku..

Sedari tadi Papa masih terdiam Dan hanya memerhati aku Dan Nenda berbicara..

Dengan renungan yang tajam, Nenda memandang mata aku.. Engkau tanya Aku salah engkau apa..? Engkau tak patut wujud dalam dunia ini..!

BONDA..!
Terdengar suara kuat Papa yang sedang menaikkan suaranya kepada Nenda..

Aku waktu tu melangkah dan diri aku telah berlari meninggalkan meja makan, menuju ke pintu keluar, berlari dengan juraian air mata mencari tempat persembunyian untuk menenangkan hati aku ketika itu..

Kaki aku melangkah laju, menyusuri Onak Denai laluan aku berlari, sambil fikiran aku masih terbayang - bayangan dengan ucapan Nenda..!

Aku tidak patut wujud dalam dunia ini.
Nenda

Sesungguhnya kehadiran aku didunia ini tiada makna dan harga pada mata Nenda..Kejam, Tapi kenapa aku..? Air mata masih berjuraian, Dan diri aku telah tiba Di tempat persembunyian aku untuk menenangkan diri..

Prak..!Prak..!

Aku menoleh terdengar bunyian tapak kaki memijak ranting kayu berdekatan tempat aku bersembunyi..Kepala aku menoleh mencari - cari..Kesedihan aku yang tadi telah menghilang dan timbul ketakutan..

Dada bernafas dengan tercungap, bersama degupan jantung yang mengepam dengan laju.. Siapa itu, aku bertanya dalam hati, tiba - tiba ketakutan semalam menghantui diri aku..

Belum sempat kepala aku hendak menoleh kehadapan, terasa terdapat sesusuk tubuh sedang berada di hadapan aku..! Mata aku jerlingkan melihat lembaga Di hadapan aku..

Aku hendak menjerit, terasa mulut aku dicekup lelaki yang memakai baju hud menutup kepala berada dihadapan aku..

Aku masih meronta - ronta meminta dilepaskan..

Diam ! Hoi , perempuan diamlah, aku bukan nak apa - apa kan engkau, diam..! Kalau engkau diam aku buka Tangan aku dari mulut engkau..Faham..!sambil matanya memandang mata aku..

Aku tahu dia memberikan amaran kepada aku, Tapi aku tak kenal dia, hendak tak nak aku terpaksa akur menganggukkan kepala..Menandakan aku setuju bekerja sama..

Aku buka tangan, Tapi jangan engkau menjerit, Engkau menjerit dekat sini aku rogol engkau, engkau Faham..?Amaran sekali lagi..

Aku hanya mengangguk kan lagi kepala, mohon tangannya melepaskan mulut aku..Kerjasama aku bagi, hanya itu yang boleh aku lakukan sebelum dia bertindak liar dengan amaran lelaki tadi..

Bagus,kerjasama .. Diam aku lepas, Engkau jangan menjerit, ingat amaran aku tadi ..

Perlahan - lahan tangan lelaki itu dilepaskan dari memegang mulut aku.
Serta merta udara sekitar hutan itu aku sedut, mengembalikan kembali pernafasan aku yang ditutup lelaki tadi..

Engkau siapa ..?Apsal engkau menanggis dekat sini..?sambil mengelengkan kepalanya..

Lama aku berdiam, pernafasan masih tercunggap..sambil mata aku jerlingkan memandang lelaki asing depan aku..

Jawab lah..? Lelaki memakai Hud Kulit berwarna hitam yang menutup kepalanya itu bertanya geram kepada aku..?

Gila ke apa..? Separuh nyawa engkau tekup mulut aku, macam mana aku nak bernafas, boleh sabar tak.. Tunggu ..!aku ni da sesak nafas, bagi aku bernafas dulu..Sambil aku membuat senaman pernafasan..

Okay aku tunggu..! Lepas ni Kalau aku tanya engkau tak jawab juga ,aku buat senaman mulut ke mulut, aku tolong Bagi bantuan pernafasan, bagi cukup kan oksigen dalam pernafasan engkau.Engkau nak..? Sambil mata bersahaja memandang ke arah aku..

Erina..! Kalut aku beritahu nama aku, Tapi wajah lelaki itu aku tak pandang..Aku masih dalam perasaan Sisa - sisa kesedihan, kemunculan Mamat ni lebih merunsingkan hidup aku..!

Sauqi..dia memperkenalkan diri..!

Saya tak tanya..aku membalas..

Aku cuma beritahu, supaya lepas ni Kalau engkau jumpa aku, engkau tahu nama aku..Kenapa engkau nanggis..?

HUD lelaki itu ditanggalkan Dan menampakkan wajah dan ketampanan yang terserlah, Tapi itu semua tidak dapat menjentik perasaan dihati aku yang dalam kesedihan..

Kenapa awak nak sibuk..?gigi aku ketapkan marah dengan soalan Demi soalan tentang diri aku..

Aku tak nak engkau tekanan, gila Dan Bunuh diri dalam Kebun Atuk aku..Puas, jadi sekarang engkau mulakan cerita..?

Lama aku menatap muka lelaki penyibuk hadapan aku ni.. Diri dia pun aku tak kenal, tiba - tiba nak aku luahkan segala macam perasaan pada dia.. Dia ingat dia siapa ..? Sakit hati Betul dia ni..?Psycho..

Kau pandang aku lama - lama apsal, aku hensem sangat ker, ?engkau tak payah nak jatuh hati dengan aku, aku hanya nak tolong engkau..Tak ada maksud lain..Berhenti mata tu dari lihat aku..Pandangan anak mata Erina mengetarkan jiwanya..
(Comel pulak budak perempuan depan aku ni, nanggis- nanggis pun cantik pujian dalam hati..)

Saya kenal awak ker..?pelik..!

Tak ..! Apa yang pelik..?

Awak..!

Sauqi..! Panggil aku sauqi Erina..
aku ada 3 kepala ke aku pelik.?

Bukan..Qi: question..? Saya panggil awak Qi,Awak ni banyak soalan..! 3 kepala maksud awak, ?

HUD, Kepala aku Dan ketiga Anu..? Faham maksud aku..?

Ishhh..! pengotor..?

Aku bukan pengotor, engkau yang tanya maksud dekat aku kan, aku terangkan maksud..Itu sahaja..

Tapi tak payah lah nak anu bagaikan..? Tak ada cerita lain ker..! Menyampah..

Boleh tak jangan over sangat..!

Siapa ..? Aku membuat mencari - cari seseorang disekeliling kami, sedangkan aku tahu ketika itu aku hanya Bersama dengan Qi..

Okay aku mengalah..! Engkau buat apa sini..? Kedengaran Qi sedikit mengalah dengan aku..

Hah ..! Macam tu lah aku dapat kawal perasaan aku ketika ini..Qi Aku sedih menanggis..? Aku kena fitnah..sambil senyuman aku beri pada Qi..Ikhlas..

Engkau boleh tak jangan Senyum dengan aku.. Aku nak dengar cerita engkau bukan aku nak lihat senyuman engkau..Waktu tu Jantung Qi telah mengepam laju.

Kenapa plak..? Aku bagi full pakej dekat engkau Qi, engkau yang nak dengar cerita sangat kan..Qi engkau kena hadam..

Full pakej tu engkau Simpan dulu, Tunggu kita nikah kahwin ke apa..! Yang aku nak dengar kisah sedih engkau dulu..? Fitnah..

Aku da tergelak kecil dengan jenaka Qi..Serta merta kesedihan aku semakin berkurangan.. pergi menjauh dari hati aku..!

Okay Qi , kali ni aku tak Senyum..Aku tahu senyuman aku ni banyak hati lelaki jatuh hati dekat aku..Sambil aku kerlingkan usikan kepada qi..

Erina tak payah bangga sangat lah, aku hanya bergurau..Aku tak jatuh hati pun dekat engkau..

Tawa telah aku hambarkan hadapan Qi, Qi Engkau ingat aku serius ker, engkau memang gila lah Qi.sambil aku menekan perut tergelak..

Qi serius memandang ke arah aku..

Aku cium jugak engkau dekat sini Erina..

Qi jangan..! Kita belum nikah, haram engkau pun belum kenal aku siapa Qi..
Masih dalam gurauan..

Engkau boleh tak teruskan pasal cerita engkau kena Fitnah..Aku pening lah melayan karenah engkau ni.

Okay, disebabkan kita tak kenal aku cerita, engkau orang pertama aku cerita, Tapi Engkau jangan adili aku dulu, aku hendak engkau jadi pendengar dahulu..boleh..?

Okay..! Sekarang engkau cerita..terus dengan tajuk.. Fitnah..

Mata Qi telah memandang tepat ke wajah aku menunggu cerita dari bibir aku..?

Erina sebenarnya kena fitnah dengan Nenda..Erina sedih Sebab Nenda kata Erina tak patut wujud dalam dunia ni...!Satu persatu ayat itu aku tutur , ayat yang masih segar dalam kepala otak aku.

Apsal Nenda Fitnah engkau..?

Engkau rasa Qi..? Erina tak tahu kenapa Nenda benci sangat dengan Erina, Erina cuma ada Papa, Erina kena dera Sepanjang kehidupan Erina bila Papa kahwin lain dengan Ibu Ariana.

Erina ada adik tiri Azizah...Azizah Nenda mengaku cucu dia, Walaupun Papa mengaku Azizah bukan darah daging Papa..

Erina tak tahu Qi, hubungan keluarga kami terlalu huru hara..Sampai sekarang Erina tak tahu siapa Mama kandung Erina..Semua macam dalam Rahsia..Tak tahu apa yang Rahsia Nenda Dan Papa simpan sampai jadi macam ni..Penceritaan bersama keluhan..

Engkau kena dera macam mana..?

Macam - macam, bila Papa kerja luar, Mulalah Nenda Dan Ibu suruh Erina macam - macam, Selesai kerja rumah, Erina selalu datang sini hilangkan kebosanan Dan kesedihan Erina..

Azizah memang Nenda tak bagi buat apa - apa kerja.. Kerana itu Azizah suka buli Erina.. Sampai sekarang Erina tak tahu apa salah Erina, kenapa perlu hukum Erina macam ni, Erina ada perasaan, ada hati..

Semalam segalanya berubah bila semalam Erina lawan Ibu, Nenda Dan Azizah dengan bantuan Papa, Erina tak tahan..

Mata Erina sayu memandang ke tanah..Penderitaan Erina sampai menusuk ke sanubari hati Qi..

Macam hari ni.Tapi tak sangka hari ni Erina jumpa engkau Qi..Sambil aku memberikan satu senyuman lagi..Ikhlas dari hati aku untuk Qi..

Diam......

Engkau nak Qi komen ker..?

Tidak..tolong jadi kawan dan pendengar setia buat masa ni..Itu cukup memadai bagi Erin..

Qi Erin pergi dulu, terima kasih jadi pendengar Dan peneman sunyi Erin, Erin kena balik, Erin risau kan Papa..
Papa mesti sedang risau Dan sibuk mencari aku.. KEJAM nya aku risau kan perasaan Papa ketika ini..

Erin engkau tolong jangan Senyum lagi macam tu dekat Qi, Qi rasa nak cium..Geram masih dengan muka bersahaja..

Psycho..! Sebelum aku menghilang dari tubuh Dan pandangan Qi..