BAB 1

Mawar menyusun bunga-bunga segar yang baru saja tiba di kedai Ayana Florist. Sebagai pekerja di kedai bunga, itulah tugas Mawar setiap hari selain mengubah bunga.

" Wa, dah siap ke susun bunga-bunga tu? " soal Ayoi aka Amirul.

Nama sebenarnya ialah Amirul tetapi dia lebih suka dipanggil Ayoi. Selain Mawar dan Hani, Ayoi ialah salah seorang pekerja di Ayana Florist. Walaupun dia lelaki, dia minat terhadap bunga-bunga. Oleh kerana itu Ayoi memilih untuk bekerja di kedai bunga itu.

" Dah. Tinggal sikit jer lagi. Lepas ni aku nak gubah bunga yang Datin Mariam tempah minggu lepas. Esok dia nak ambil " jawab Mawar.

" Okay. Hani mana? Curi tulang ke perempuan tu? " soal Ayoi.

Sejak daripada tadi dia langsung tidak melihat batang hidung Hani. Mawar ketawa kecil.

" Hani pergi hantar bunga lah. Kau ni suka bersangka buruk kan. Siaplah kau. Aku beritahu dia nanti. Ataupun kau rindu bila tak nampak muka dia sehari? " Mawar sengaja mengusik.

Bukannya dia tidak tahu Ayoi dan Hani tidak berapa baik. Dia selalu menjadi orang tengah apabila mereka berdua bergaduh. Kadang-kadang hal kecil pun jadi besar bila mereka berdua bergaduh. Hampir setiap hari mereka bergaduh. Entah kenapa mereka suka sangat bergaduh pun Mawar tak faham.

" Kau jangan beritahu dia ea. Nanti mulut perempuan tu bising macam mulut murai. Bingit telinga aku ni dengar dia membebel. Eii tak kuasa lah aku nak rindu dekat dia. Sakit mata aku ni tengok dia. Lagi-lagi gaya dia yang macam tomboy tu. Dah lah kasar. Patutlah sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi boyfriend " .

Tergelak-gelak Mawar. Tapi tiba-tiba ketawanya mati apabila melihat susuk tubuh yang berdiri di belakang Ayoi.

" Hani tu perangai tak serupa perempuan sebab tu lah tak ada lelaki yang nak dekat dia " sambung Ayoi lagi.

Mawar memberi isyarat pada Ayoi supaya diam.

" Kenapa? " soal Ayoi pelik.

Dia perlahan-lahan menoleh ke belakang. Ternganga luas mulut dia melihat Hani di belakangnya memandangnya dengan tajam sambil bercekak pinggang.

" Ehh dah balik " Ayoi tersengih.

Mawar sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Habislah. Sekejap lagi pasti pergaduhkan akan berlaku lagi.

" Amboi sedapnya kau mengutuk aku kan. Kalau aku sepit mulut kau tu dengan penyepit baju baru kau tahu kan. Nak cakap aku kasar lah apa lah. Yang kau tu lembut macam sotong kau tak nak kisah pulak? " .

Ayoi sudah berlari terlebih dahulu. Hani tidak duduk diam. Dia mengejar Ayoi.

" Kau siap kau! Jangan lari! " .

Mawar hanya ketawa. Macam budak-budak diorang ni.