Chapter 1

?1# V

Hari ni aku dan member yang lain dibenarkan untuk shopping di sebuah megamall di Malaysia. Kitorang baru je lepas buat konsert kat Kuala Lumpur. Kitorang pakai t-shirt, spec, topi dengan face mask warna hitam. Tak nak kena cam. Sorang dua orang takpe lagi kot, tapi kalau sebab sorang dua orang tu kitorang diperasani orang ramai? Buat niaya je. Kitorang bukan nak buat sesi fotografi pun. Nak shopping gak cam orang lain. Jalan jalan jalan, tetiba aku tertarik ngan satu kedai ni, dia jual barang2 comel, teddy bear besar, macam2 lah. Masalahnya comel sangat sampai buat tangan aku gatal nak pegang. Aku terus masuk kedai tu sampai lupa member lain. Setengah jam jugak aku belek2. Tiba2 aku teringat kat member aku yang lain. Diorang tahu ke aku kat sini? aduhai. Aku bergegas keluar dari kedai sambil keluarkan henpon. Tapi tiba2 ada orang terlanggar aku sampai henpon yang aku pegang tadi jatuh berderai. Memang speechless aku jadinya. "I am sorry. Really really sorry," kata orang yang langgar aku sampai henpon aku jatuh dibuatnya. Nak gugur je rasa jantung ni. Aku pun "It's okay." je. Takda la nak marah2 nanti orang dapat tahu, rosak plak reputasi aku. Aku hanya senyum. Orang tu pun mintak maaf sekali lagi dan terus pergi. Bayangkan lah iphone 5s pecah berderai? Apa ko rasa?

So aku ingat nak beli phone baru je. Tapi... bila aku check poket, dompet aku hilang. Dah takda kat tempat yang sepatutnya iaitu poket! Macam mana ni???