BAB 1

Ruang tamu rumah ku berselerakan dan saling tak ubah seperti tongkang pecah. Meja, kerusi, pasu bunga habis bersepah di lantai dan berada di serata tempat. Bunga-bungaan yang menjadi hiasan penyeri rumah pula berselerakan di semua penjuru rumah.

Sungguh aku tak tahu mengapa ruang tamu rumahku seperti itu. Kena pecah masuk ke apa?

Anakku sejak pagi tadi lagi sudah berangkat ke sekolah manakala isteriku juga jam sebegini masih belum pulang kerana akan menunggu anakku yang masih lagi pra sekolah.

Lalu angkara siapa pula semua ini? Bingung aku memikirkan pemandangan yang berrada di mataku ini, bingung memikirkan siapaah yang gatal tangan sangat memperdajalkan ruang tamau rumah aku yang menjadi tempat kami sekeluarga beristirehat.

Namun aku terkejut saat melihat di luar rumah, ada kasut yang sering dipakai isteriku. Mesti isteriku masih berada di rumah.

Aku melangkah masuk ke rumah sambil mencuba memanggil isteriku berulang kali namun tidak ada sebarang jawapan darinya. Aku mencuba masuk ke dalam bilik tidur dan ternyata di ada di dalam bilik sedang berbaring di atas katil.

Aku mendekatinya dan ingin tahu mengapa keadaan rumah jadi berselerak, namun isteriku memilih untuk diam tanpa kata.

Aku memaksanya untuk menoleh ke arahku memohon penjelasan daripadanya tapi tetap juga dia diam membatu. Dah kenapa ni?

Rambut isteriku menjadi tak terurus, wajahnya muram dan sembab, keningnya berkerut seribu dan matanya bengkak dan masih basa ddek airmata yang berlinangan.

Mukanya merah membahang seperti sedang memendam amarah, mulutnya terkunci dan pandangannya jauh daripadaku.