Cerpen 1 - Tengik

TENGIK
Oleh: Naufal Tarmizi

Aku Karim, Abdul Karim. Bujang. Menganggur.Tiada tempat tidur. Huh! Nasib baik ada jejantas.
“Sini, sini,” seorang lelaki memanggil aku.

Tengiknya bau badan lelaki itu seolah cuba meracuni deria bau kurnian Ilahi. Selepas dia suakan kotak sebagai alas tidur, aku terpaksalah tempuhi juga badai bau tengik yang memanah rasa loya anak tekak aku.

Aku menguap. Dalam suasana dingin bayu kota yang mencengkam, aku lelapkan mata.

BAM!!!

Aku tersentak terus tersedar. Dada aku senak dek rohku pulang mengejut daripada alam mimpi menyebabkan jantungku terasa seperti dihentak. Aku gosok mata aku untuk lihat apa yang berlaku di depan mata aku.

“S... Siapa. .. Er, benda apa tu?” Soalku pelik. Seorang lelaki berkostum superhero sedang mengangkat lori tangka minyak yang remuk di bahagian depan.

“Kapten Malaysia!” Jawab lelaki berbau tengik disebelah aku nan teruja.

Kapten Malaysia? Ah, amende tu? Takkan satu lagi produk tiruan Amerika. Takkanlah Kapten Amerika dapat kad pengenalan Malaysia. Kostumnya hampir sama, Cuma ada tambahan bulan sabit selain bintang.

“Gila power dia ni. Boleh kata semua kuasa superhero dia ada. . .”tambah lelaki berbau tengik yang duduk di sebelah aku. Dia kemudian ceritakan sejarah kemunculan Kapten Malaysia di sini. Aku buat—buat dengar sahaja sebab aku rasa ini mesti sub—plot dalam mimpi aku ni.Tanpa aku sedar, aku tidur semula walaupun bau tengik makin kuat. Hairannya, tidurku kini nyenyak tanpa mimpi.


Esoknya, aku didatangi seorang lelaki yang berpakaian kot labuh berwarna hitam, Sekali pandang macam Nick Fury, bezanya bau badannya tengik dan berkulit sawo matang. Bau badan yang tengik mengingatkan aku kepada lelaki disebelahku semalam.

“Saya Norman. Kamu kena ikut saya,” kata Norman serius.

Aku ikut Norman masuk ke dalam kereta Bentley. Dalam kereta, Norman serahkan satu fail kepada aku yang tertera tulisan :


KESATUAN SUPERHERO MALAYSIA
(KESUMA)


“Superhero?” Reaksi spontan aku kehairanan.

“Kenapa? Tak percaya?” Soal Norman semula.

Aku ketawa. Perlukah tanya soalan yang sangat jelas jawapannya. Penggunaan perkataan percaya adalah suatu yang mustahil dalam konteks kewujudan superhero atauadiwira. Mustahil!

“Dengar ni, kami daripada KESUMA atau KesatuanSuperhero Malaysia nak pelawa kamu jadi ahli baru kami.Dan yang patut kau banggakan sebab Kapten Malaysiayang rekrut kau untuk masuk adi geng kami,”jelas Norman menyampaikan hasrat sebenar dia mendekati aku.

Aku ketawa berdekah—dekah lagi. Aku rasa ini mesti program prank terbaru stesen televisyen. Ingat senang nak bodohkan aku. Ceh!

“Kami tahu yang kau takkan percaya, jadi kami akan bawa kau berjumpa sendiri dengan Kapten Malaysia,” kata Norman.

“Selamat datang ke HQ Kesatuan Superhero Malaysia atau HQ KESUMA!!!” Laungan suara Kapten Malaysia yang masih lengkap berkostum rasminya bergema saat pertama kali aku menjejakkan kaki ke tempat ini.

Pandangan mata aku terpasung dengan keindahan landskapnya. Tak sangka, HQ KESUMA itu seratus peratus berdindingkan gentian cermin kaca yang dihasilkan melalui teknologi canggih masa kini menyebabkan struktur bangunannya seolah—olah tidak kelihatan pada pandanganmata kasar.

“Hai, Karim. Saya, Kapten Malaysia. . . Penegak keadilan nusa dan bangsa!” Kapten Malaysia memperkenalkan diri dengan gaya yang ditiru sebiji seperti Usain Bolt.

Aku hanya tersengih. Malu pun ada bila lihat bangsasendiri berpakaian ketat dan buat gaya seperti tak ada siapayang memerhati. Tapi Kapten Malaysia pun berbau tengikbadannya. Ah, persetankan bau tengik! Janji aku ada port baru untuk tidur, mungkin.

“Mari ikut saya. Ada benda saya nak tunjukkan,”

Kapten Malaysia memeluk bahu aku dan membawa aku ke satu ruangan seperti Wall of Fame. Aku cam beberapa muka sahaja. Kesemuanya gambar superhero tempatan dengan kostum masing—masing.

“Siapa dia orang ni, Kapten?”Aku bertanya kerana aku tahu superhero ni langsung tak pernah wujud dalam komik Stan Lee.

“Inilah superhero Malaysia. First kita mulakan dengan bapak superhero Malaysia iaitu Burhan a.k.a. Keluang Man. Kemudian side—kick superhero Malaysia pertama iaitu Tiong Man... Kita juga ada team Silat Legenda, produk hasil ujikaji makmal kita yang berjaya mengklon keperwiraan Hang Tuahbersaudara tapi yang paling famous ialah Cicakman. Semua tu dah jadi sejarah. Jadi, sekarang masa kita pula untuk ciptasejarah baru.”jelas Kapten Malaysia.

“Jadi apa yang Kapten nak daripada saya?” Akubertanya.

“Sudah tentu saya nak kamu sertai saya bersama superhero Malaysia yang lain.”

“Superhero yang lain?” Wah,biar betul ni. Ada superherolain ke? Ini memang dah luar batasan akal waras aku ni.

“Kita ada banyak superhero, dan kebanyakannya saya yang rekrut dan latih mereka. From zero to hero, bak kata orang putih.”

“Tapi saya bukan superhero.”

“Bagus. Kualiti yang bagus untuk jadi superhero iaitu merendah diri. Karim... mana—mana superhero pun takkantahu dia lah superhero melainkan ada orang nampak dia tusuperhero,” Kapten Malaysia cuba beri kata—kata hikmahkepada aku.

“Kamu tengok Video ni,” Kapten Malaysia kemudian mencuit Norman untuk mernancarkan Video ke skrin besar HQ KESUMA.

“Perasan tak sesuatu dalamVideo tu?”

Apa yang aku lihat, Video itu memancarkan kejadian pada malam tadi sewaktu aku tidur di bawah jejantas. Norman kemudian percepatkan Video itu sehingga ke minit 33. Aku mula terdengar sesuatu.

Video itu menunjukkan aku sedang tidur meniarap atas kotak semalam. Tiba—tiba lelaki yang berbau tengik yang aku ceritakan sebelum ni rnengeluarkan pisau.

“Mampus kau!”

Jerit lelaki dalam Video itu dan cuba menikam aku beberapa kali selepas dia tahu aku tak ada dompet, senasib dengannya.

Yang hairannya setiap kali dia cuba menikam, setiap kali itulah aku mengubah posisi tidurku mengelak secara tak sengaja. Sehinggalah sewaktu dia baru sahaja nak lemparkanpisau seperti membaling dart kepada aku, aku yang sedangtidur selamba sahaja mengelak.

Ah, kenapa aku tak perasantentang benda ni masa aku tidur malam tadi eh?

“Sekarang dah percaya yang kamu tu superhero?” SoalKapten Malaysia selepas Norman rnenghentikan Video itu.

“Er...” sejujurnya aku tak nampak ciri—ciri superhero dalam Video tu.

“Saya faham. Keyakinan itu akan datang denganpengalaman. Lambat laun, kamu akan yakin dengan
kemampuan kamu sendiri. Tapi sebelum tu, kamu tahu tak apa kuasa super kamu?”

“Huh? Kuasa super?” Aku hanya menggeleng.

“Tak apa, awal lagi. Lambat laun kamu akan tahu jugak nanti,” ujar Kapten Malaysia lalu memanggil Norman, dan mengarahkan aku untuk dihantar ke kem latihan sebagai persiapan untuk menjadi superhero.



Dua bulan kemudian. . .

“Baiklah superhero semua. Kita ini insan yang terpilih. Setiap inci daripada anggota badan kita ada kekuatan tersendiri, ada kekurangan yang perlu disembunyi. Yang baik kita pertahankan, yang jahat kita hindarkan. Biar kita luka semasa berkhidmat, jangan kita mati semasa khianat. Biar kita bersatu dalam perbezaan, jangan kita bercerai dalam persamaan. Ayuh superhero Malaysia! Bangkitlah!!!”

Ucapan semangat daripada Kapten Malaysia setiap pagi Isnin.

Pagi tadi, aku dan Gadis Tik Tok diberikan satu fail tugasan pertama. Sebagai superhero yang masih dalam tempoh percubaan, aku dikehendaki rnenjadi side kick kepada superhero yang sudah ada pengalaman. Dalam kes ini, aku bersama dengan Gadis Tik Tok atau nama sebenarnya Azura. Aku pun tak tahu apa kuasa super dia,dan dia pun tak berminat untuk buka mulut berkongsi cerita.

Oleh kerana kami berdua tiada kuasa untuk terbang, maka kami hanya naik bas untuk ke lokasi tugasan.

Tugasan pertama aku adalah menumpaskan kegiatan ambil roti tanpa bayar di kaunter kedai serbaneka. Kemudian kawal lalu lintas di parkir pusat beli—belah. Lepas itu, tolong kutip sampah yang disepahkan anjing tak bertuan. Semuanya tugasan yang diklasifikasikan sebagai tugas—tugas khas.

Sejak dua bulan berada di sini, aku sudah mula rasa selesa dengan persekitaran superhero. Aku tahu pada minggu— minggu akan datang, banyak lagi fail kes yang makin berat perlu diselesaikan. Sebelum bergelar superhero sepenuh masa, aku terlebih dahulu dilantik menjadi side kick kepada superhero yang lebih berpengalaman atas alasan perkaderan dan pengalaman.

Sungguhpun setiap hari aku diberikan fail tugasan baru, namun tiada satu pun tugasan yang berkaitan membanteras jenayah berat, jenayah kolar putih, atau jenayah siber mahupunjenayah cetak rompak diberikan kepada aku. Lantas aku memberanikan diri untuk bertemu Norman supaya aku dapat bertemu sendiri Kapten Malaysia mengusulkanm permintaan yang terpendam dalam benak hati aku.

“Hai, Norman. Aku nak jumpa Kapten boleh?” Soalku.

“Tak boleh,” pantas jawapan Norman.

“Sekejap je.”

“Tak boleh. Kapten tak ada kat sini.”

“Tak ada? Dia pergi mana?”

“Itu bukan urusan kau. Dah, pergi settle—kan tugasan kau.”

“Er, ada tugasan fasal jenayah berat tak? Bosan la asyik duduk termenung dekat parkir supermarket,” luah aku kepada Norman.

“Kau jangan nak banyak songeh. Siapkan tugasan kau! Lepas dah settle semua tu, ambil fail tugasan yang sama. Faham?”

Aku menggangguk lemah.

Aku datang ke pusat membeli belah dengan kostum rasmi yang direka khas perunding fesyen KESUMA untuk aku. Kostum sidekick macam aku hanya berseluar tracksuit, sweater berhud, dan topeng mata ala—ala Zorro dan Green Lantern. Walaupun lebih kepada kesinambungan kostum The Assasin Creed dan watak Robin iaitu sidekick dalam cerita Batman.

Aku perasan sesuatu. Sejak dari aku naik bas dengan kostum superhero ini, ramai yang suka ambil gambar curi— curi.Tapi seorang pun tak mahu duduk sebelah. Mereka lebih rela berdiri selama sepuluh minit untuk sampai ke destinasi.

Mujur ada seorang makcik bertanya, “Tak boleh terbang ke?”

Mudah sahaja aku jawab, “Saya belum tahu saya ni ada kuasa superhero apa makeik.”

Tambah makcik tu, “Ingatkan boleh terbang. Kalau boleh terbang, boleh makeik tumpang. Maklumlah tiket has pun dah naik harga.”

“Makcik tak ada skuter ke?” Soalku.

“Ada. Tapi minyak naik lagi. Kamu pun tahukan kita baru lepas pilihanraya,” uj ar makcik sambil tersenyum.

Aku malas nak ambil tahu soal minyak ni, sebab aku rasa aku ni superhero dan tugas aku untuk selamatkan orang yang ada dalam kesusahan. Sebelum aku nak selamatkan orang yang dalam kesusahan, aku kenalah tahu apa kuasa aku dan apa kernarnpuan aku. Kalau susah disebabkan bahana Oportunis ahli politik, itu perlukan kesedaran super daripada pengundi berdaftar dan berhantu, bukan kuasa super.

Aku teruskan niatku mencari identiti sebenar superhero yang wujud dalam diri aku. Ia seolah mencari pengertian siapa sebenarnya aku. Aku tahu aku superhero sebab aku dah bayar duit yuran keahlian Kesatuan Superhero Malaysia (KESUMA). Aku direkrut sendiri oleh Kapten Malaysia. Jadi apa lagi yang perlu aku khuatiri untuk aku anggap diri sendiri sebagai superhero.

Sedang aku berjalan sekitar kedai—kedai di supermarket, ada seorang lelaki berbadan gempal menegur aku.

“Hei, bro!” Lelaki yang aku tak kenal tu menegur aku dari belakang, dan bau badan dia sangat tengik. Aku memang tak mampu nak terima bau badan dia.

“Sorry, tak ada maksud nak menyinggung perasaan encik. Tapi boleh tak encik berdiri kat situ je,” pintakusebab hidung aku sudah tak dapat menahan gas tengik yang berbondong datang untuk menerjah masuk ke dalam lubang hidung aku.

“Okey, okey. . .” lelaki itu berdiri di situ. Berkaca mata gelap dan berkot kulit gelap. Lelaki itu kemudian memasukkan tangan kanannya di sebelah rusuk kiri seperti mengambil sesuatu. Pistol barangkali. Lumrah kehidupan seorang superhero, musuh akan datang pada bila—bila masa tak kiralah sama ada masa tu sesuai atau tak. Yang pasti lelaki berbau tengik itu ialah watak antagonis.

Tengiknya makin rnengancam. Aku tak dapat tahan melainkan aku kena berlari menjauhkan diri daripada dia. Aura tengiknya menyebabkan kaki aku tiba—tiba sahaja berada di luar kawalan aku seolah—olah kebas dan kejang. Mata aku pedih dan dada aku berombak seakan mahu muntah. Setiap kali aku kerdipkan mata aku, aku dapat rasakan aku berada di kedai lain. Aku lihat orang ramai kaget dan terbeliak biji mata mereka melihat keadaan aku.

“Awak tak apa—apa?” Entah dari mana, Azura atau Gadis Tik Tok muncul mendapatkan aku. Aku dah tak dapat tahan bau tengik lelaki tadi. Anak mata aku meninggi.

Pandangan aku makin kabur.

Samar—samar.

Pudar dan akhirnya kelam.


--------------------------------


Gelap.

Ada satu garisan nipis nan cerah. Susah betul aku nak buka kelopak mata ni. Bau maggi yang direneh ternyata membuatkan aku rasa lapar tapi aku tak berdaya untuk buka mata. Seakan kelopak mata ini digam oleh taik mata aku sendiri.

Aku gagahkan juga untuk mencelikkan mata aku. Elok sahaja aku celikkan sebelah mata aku, aku rasa aku berada dalam bilik yang sangat daif. Berdinding kadbod, berelektrikkan bateri kereta dan berkipaskan hayunan suratkahabar.

“Dah bangun? Nah minum sup maggi ni,” Azura bersuara.

Dengan suara serak aku bertanya, “Saya kat mana?”

“Awak dekat bawah jambatan, dekat Pudu,” jawab Azura.

“Hah?!” Aku terkejut. “K... Kenapa tak balik kc HQ je?”

“Oh, awak tak tahu lagi eh?”

“Tahu apa?”

“Nah, baca paper ni,” Azura serahkan suratkhabar yang digunakan untuk mengipas aku.

Aku baca satu persatu ayatnya. Aku fahami betul—betul.

“KESUMA dibubarkan?”

“Yup,” Azura kemudian bangun merenung ke satu kawasan yang aku tak tahu sejauh mana tenungannya itu.

“Semua lesen, permit, akreditasi akademik dan sijil kelahiran superhero akan dilupuskan. Malaysia sudah tak perlukan superhero’

“Tapi kenapa? Kenapa sekarang?” Soalku minta penjelasan.

“Sebab Kapten Malaysia masuk politik. Jadi dia kata dia tak dapat nak berkhidmat untuk semua. Dia hanya mahu berkhidmat kepada yang menyokongnya dan kepada orang yang berpotensi memberi undi kepada dia sahaja.”

“Apa? Mana boleh macam tu? Lagipun kita kan selalu ada di belakang dia, memperjuangkan nasib bangsa superhero Malaysia,” aku tak puas hati. Kapten Malaysia tu ibarat ikon superhero aku di Malaysia kut selepas Keluang Man. Cicakman tak masuk dalam kategori ikon yang aku suka sebab aku suka lastik cicak waktu hari jumaat. Sunat katanya melastik cicak hari jumaat kat atas celahan dinding dan syiling surau.



UPERASI PEMBERSIHAN SUPERHERO

Menteri Belia yang baru iaitu Zaim Zain
yang dahulunya dikenali Kapten Malaysia
membuat pengumuman
bahawa superhero yang ‘mempunyai
kelebihan. akan. dikuarantinkan. Ini
berikutan bagi membendung gejala
plagiat superhero luar negara. Dalam
temubual bersama Zaim Zain, beliau
berkata bahawa langkah-langkah
pencegahan akan diambil serta-merta
dan pengenalpastian superhero dan
kuasanya sudah dijalankan. Kami
bertindak atas laporan yang mendakwa
ada suntikan dadah digunakan oleh
rakyat Malaysia untuk membolehkan diri
mereka menjadi superhero. Jadi untuk
membendung gejala itu daripada terus
menular, superhero akan. diharamkan
terus daripada berada di Malaysia.
Tugas superhero boleh diambil oleh
kerajaan kerana rakyat harus pandang
kerajaan itu satu-satunya superhero
mereka yang sah!


Aku kembali berpakaian seperti manusia biasa. Hari ini aku lihat keratan dada akhbar banyak rnenyiarkan tentang Operasi Pembersihan Superhero. Aku tak sangka Kapten Malaysia sanggup tikarn bangsa sendiri yakni bangsa superhero Malaysia. Lebih aku tak sangka, nama sebenar Kapten Malaysia hampir sama dengan Anuar Zain iaitu Zaim Zain.

Aku lihat polis berkejaran dengan lelaki yang memakai kostum superhero di sekitar bandar. Azura pun kena tangkap semalam di depan mata aku. Riak wajah bengis terzahir pada wajah pihak berkuasa yang memberkas superhero. Memang betul superhero ada kuasa, namun bila diuji Tuhan sebegini, kuasa luar biasa pun akan jadi kuasa biasa.

Aku melangkah longlai memerhati Sungai Klang yang berkeledak teruk. Sedang aku termangu berseorangan, kereta Mazda lama memecut laju menghampiri aku. Waktu itujugalah aku dapat rasakan bau tengik kembali menghunjam hidung aku. Deria bau aku sekali lagi diuji. Semakin kereta itu menghampiri aku, semakin kuat bau tengiknya sehingga menyebabkan aku terpejarn pedih dan terbersin kuat.

BAM!

Dalarn keadaan mata aku terpejarn, aku dapat rasakan badan aku melayang. Aku cuba mencelikkan mata aku.

Pelik! Kereta Mazda bagai kena hempuk dari atas. Bagai ada lekukan hemisfera di lantai nan retak sekitar kereta mazda tersebut. Dan aku. . . TERBANG!

“Mak!!!” Aku menj erit kegayatan.

Bila bau tengik berunsur hilang, aku pun kembaliberpijak di bumi yang nyata.

“Kuasa apakah ini?” Soalku sendirian seakan tak percaya.

Lantas aku ambil keputusan untuk berjumpa Kapten Malaysia di Putrajaya. Mana tahu dia tahu kuasa super apa yang Tuhan telah berikan kepadaku. Elok sahaja aku melangkah masuk ke pejabat, bau tengik kembali menghurung deria bau aku.Tapi tidaklah seteruk tadi. Belum sempat aku pulas tombol pintu pejabat Kapten Malaysia, pintu itu sudah dikuak.

“Selamat datang, Karim. My precious experiment!” Kehadiran aku disambut oleh Zaim Zain yang segak berbaju sut lengkap dengan tawa lega. Dalarn pejabatnya ada pegawai tertinggi polis dan askar. Berkumis tebal dan buncit semuanya.

Aku hanya menunduk hormat dek segan dengan paku dan pangkat yang terserlah banyaknya di dada pegawai tentera dan polis tersebut.

“Inilah budak yang saya maksudkan. Dialah budak yang kita lihat dalam Video tadi. Selepas ini kita boleh ambil darah yang ada dalam badan budak ni. Hasilnya. . .”

“Darah?” Aku mencelah di tengah—tengah Zaim Zain sedang cuba menerangkan sesuatu kepada pegawai tenteraitu.

“Tapi pasal apa?”

“Karim, kaulah superhero original yang rakyat Malaysia mahukan. Apa yang aku ada sekarang, rugi kalau tak dipergunakan sebaiknya. Melalui darah atau lebih tepat lagi DNA kau, aku boleh wujudkan tentera super yang kebal!”

Jelas Zaim Zain terus mengambil sampel darah dari lengan aku.

“Auwh!”Aku mendesis kesakitan bercampur terperanj at. Aku betul—betul rasa macam diperguna. Diperguna oleh ikon kita sendiri. Rasanya seperti seorang jejaka yang meminati Anuar Zain kerana lagunya dan tiba—tiba ikon kita mengaku gay. Argh! Keyakinan aku sebagai superhero terus terpadam.

“Kalau DNA ini disuntik dalam badan tentera kita dan selepas sebati, tindak—balas akan berlaku mengikut apa jua imaginasi yang kita inginkan. Dan berdasarkan kepada Video kereta Mazda lama tadi, itu sudah cukup bukti bahawa pihak berkuasa kita mungkin dapat bertindak lebih awal jika ada bahaya yang dikesan sama seperti apa yang ditunjukkan budak ni tadi,”jelas Zaim Zain.

Zaim Zain kemudian memanggil Norman dan menyerahkan DNA itu kepada Norman untuk diuji di makmal terlebih dahulu.

Sekali lagi bau tengik itu datang. Aku tahu ini alamat tak baik untuk aku dan kesemua orang yang ada dalam pejabat ini. Lantas aku melarikan diri dengan menerjah kaca tingkap pejabat.

Aku melayang ke bawah disusuli bau tengik yang menjengah menyebabkan mata aku pedih. Aku mengerdip.
Dalam sekelip mata, aku berada di bumbung bangunan.

“Seronok kan jadi superhero, Karim,” suara Kapten Malaysia atau Zaim Zain di belakang aku.

“Hah!” Aku tergamam. Serta—merta aku terhidu bau tengik yang amat.

“Kenapa? Bau busuk? Aku tahu, Karim. Aku dah lama tahu tentang kuasa kau. Kau dan kuasa kau memang sangat menyusahkan aku,” kata Zaim sinis.

“Er... Tapi... Kapten pun ada kuasa superhero. Lagi hebat daripada saya,” aku cuba mengelak daripada bertegang kudrat dengan Zaim Zain.

“Ah! Aku pun naik hairan dengan kuasa superhero kau. Mulanya aku tak ambil kisah, tapi bila aku tahu kuasa superhero kau adalah dapat menghidu niat busuk orang yang berhasrat nak buat jahat atas diri kau, aku terus tak senang duduk. . .”

“Tapi percayalah, Kapten... Kuasa ni memang busuk. Kalau saya boleh bagi, dah lama saya bagi. Tapi ini... ini pemberian Tuhan. Saya pun tak minta dan saya tak tahu nak bagi macam mana kat Kapten, bahkan tak pernah terlintas pun dalam doa harian saya untuk dapatkan kuasa superhero ni.

“Itu aku tahu!” Jerkah Zaim lalu menyambung,

“Tapikenapa kau? Kenapa bukan aku? Aku ada kemewahan, akuada kemahsyuran, aku ada segala—galanya. Setiap superpowerkat atas muka bumi ni aku dah rasa, dan tup—tup kau ada superpower yang mana—mana superhero, ahli politik, rakyat marhaen dan pengundi berdaftar SPR bermati—matian dambakannya. Kau tahu kuasa kau tu menyusahkan orang baik berhati jahat macam aku!”

Aku terdiam dan bingung. Kuasa bau niat busuk tengik pun orang nak jugak ke?

“Dan aku yakin kau dah terhidu busuknya niat aku iaitu untuk mempergunakan superhero Malaysia sebagai modal politik aku, sebab itulah aku lancarkan perang habis—habisan untuk musnahkan superhero seperti aku dan kau!” Zainketawa jahat.

“Ya, aku memang dengki. Aku dengki, iri hati, cemburu dan apa—apa lagi terma yang sinonim dengannya. Aku memang makhluk pendengki dan aku mahu kau... MATI!”

Aku telan air liur gemuruh. Zaim Zain kemudian mengeluarkan pistol supersonik. Namun belum sempat dia acukan pistol itu ke arahku, sekali lagi badan aku bergerak sendiri. Tangan aku memegang pergelangan tangan dan mengepaknya ke belakang badan Zaim Zain. Kakiku menerjah pelipat kaki Zaim Zain menyebabkan di melutut dan mengerang, “Aaargh!”

Zaim tak mengalah. Dia cuba mengeluarkan pisau Rambo di celahan kotnya dan cuba menikam aku. Baunya kini menjadi maha tengik. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa tengiknya bau itu. Aku harap sangat aku berada di tempat Zaim sekarang supaya dia tahu betapa deritanya kuasa superhero yang dianugerahkan Tuhan kepada aku.

“Aaargh!”

Pandangan mata aku kelam pengsan dek bau tengik yang teramat sangat kala aku mendengar sahaja Zaim Zain melolong kesakitan.



Keesokan harinya, aku bangun dan mendapati aku dalam rumah agam yang cukup mewah. Perabotnya yang sebelum ini hanya aku dapat lihat di gudang IKEA kini disusun cukup rapi dalam rumah agam tersebut. Kemudian pintu bilik dibuka dan Norman masuk.

“Selamat pagi, Kapten,” ujar Norman.

Kapten? Kenapa Norman panggil aku Kapten? Aku hanya angguk.

“Mayat yang rentung di sebelah Kapten atas bumbung pejabat telah saya uruskan. Dan hasil keputusan DNA yang Kapten suruh saya periksa semalam saya dah dapat. Hasilnya, DNA superhero budak tu akan bertindakbalas dengan imaginasi,” kata Norman sambil menyerahkan laporan hasil keputusan tersebut.

Ah, apa—apalah Norman. Aku nak pergi mandi dulu bersihkan diri aku dulu. Aku dapat rasa bau tengik semalam masih ada. Jadi aku biarkan Norman berdiri di katil, dan aku melangkah masuk ke tandas. Aku buka air dan basuh muka. Apa yang berlaku semalam pun aku pun tak dapat nak ingat kembali. Hurm. . .

“Zaim?”Alangkah terkejutnya aku. Muka di cermin itu muka Zaim Zain dan bukan muka aku!

Setelah lima bulan berlalu, aku masih superhero. Muka aku sekarang bukan muka yang dulu. Aku berjasadkan lelaki yang iri hati dengan kelebihan aku, bezanya kini jasad itu ada hati aku, dan itulah yang sepatutnya. Kerana bagi aku, untuk jadi superhero bukan datang daripada paras rupa atau kuasa super, tapi datang daripada hati dan jiwa.


Firman Allah Taala:
“Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat yang telah diberikan olah Allah kepada mereka dari limpah kurnia-Nya?”
[Surah An-Nisa’ (3): Ayat 54]