BAB 1

" Jauhnya termenung Ry " tegur Datuk Halim.

Ezry menoleh.

" Eh papa " dia tersenyum kecil pada bapa mertuanya itu.

" Ry ada masalah ke? Ceritalah dengan papa. Mana tahu kalau papa boleh tolong Ry. Insya Allah papa akan tolong mana yang papa boleh tolong " .

" Sebenarnya macam ni papa, Ry dengan Hani kan dah dua bulan kahwin. Tapi Ry masih belum bawak Hani jumpa dengan family Ry. Ry kalau boleh nak bawak Hani balik Malaysia " .

" Ohh pasal tu lah. Ry tak payah tak risau. Papa izinkan Ry bawak Hani balik Malaysia dan kalau nak tinggal terus dekat sana pun, papa okay jer. Ry dengan Hani boleh jer kan balik London bila free " .

" Tapi papa, Hani nak ke? " soal Ezry.

Dia kenal sangat dengan perangai isterinya itu. Tihani sudah lama tinggal di kota London ini. Sejak daripada dia berumur lapan tahun lagi. Tihani sekeluarga berpindah di London kerana Datuk Halim menubuhkan syarikat di sini. Sejak itu mereka sudah tidak pulang ke Malaysia lagi.

" Nak atau tak, Hani kena ikut Ry jugak. Ry suami dia. Lagipun tak ada salahnya pun kalau Ry bawak Hani balik " .

" Papa, Ry ingat Ry nak terus tinggal dekat Malaysia. Ry nak bukak kilang sendiri. Dengan modal yang Ry ada, Ry rasa cukup " jelasnya.

" Good idea. Papa sokong apa saja yang Ry buat. Apa yang Ry rasa baik untuk Ry dan Hani, papa tak akan halang " .

" Terima kasih pa. Ry harap sangat Hani akan setuju dengan apa yang Ry rancang ni " .

" Insya Allah. Papa akan tolong cakap dengan Hani nanti. Nanti bila papa ada masa free, papa ingat nak balik Malaysia jugak. Dah 16 tahun papa tak balik Malaysia. Mesti banyak yang dah berubah kan. Lagipun papa nak jumpa keluarga Ry jugak " .

" Boleh pa. Nanti kalau papa nak balik Malaysia, papa cakap jer dengan Ry " .

" Iyalah. Ry tak payah teragak-agak nak buat keputusan. Hani kena ikut apa saja keputusan Ry. Ry suami dia. Dia tak boleh bantah keputusan Ry. Lagipun papa rasa eloklah Hani tu ikut Ry balik Malaysia. 16 tahun dia duduk dekat London ni. Papa nak dia ingat semula tempat asal kelahiran dia. Papa tak nak dia lupa diri " .

" Terima kasih sebab memahami papa. Ry bersyukur sangat dapat mertua macam papa " .

Datuk Halim mengangguk perlahan.