1

Fly me to the moon
Let me play among the stars~
Let me see what spring is like
On a, Jupiter and Mars~
In other words, hold my hand
In other words, baby, kiss me~

Aku memejamkan mata aku semasa menyanyikan rangkap itu dengan lunak sekali. Kedua belah tanganku erat memegang mikrofon yang di lekatkan pada tempat pemegang mikrofon.

Lampu berwarna ungu gelap tepat menyuluh dari atas kepala aku. Rasa sejuk dari pendingan hawa jelas aku dapat rasakan menyentuh kulit aku. Suasana di ruangan makan di subuah hotel itu memang agak kurang pencahayaan.

Yaa, inilah kerja aku. Aku bekerja sebagai menyanyi di sebuah hotel lima bintang pada setiap malam minggu.

Nama aku, Hadiy. Usia aku pula dua puluh satu tahun. Aku berasal dari negeri Kedah dan sekarang aku menetap di ibu kota dengan tanpa 'sengajanya'.

All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, in other words
I love you..

Aku membuka kembali kelopak mataku setelah selesai menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk "Fly me to the moon" nyanyian seorang lagendaris barat, Doris Day.

Semua orang menepuk tangan setelah terpesona dengan nyanyianku sebentar tadi. Itulah kerjaya aku, sebagai seorang penyanyi bergenre Jazz.

Aku membuka kelopak mataku kembali, lalu mataku meliar memandang para penonton menepuk tangan ke arah aku yang bunyinya kedengaran semakin perlahan.

Mataku terhenti pada seseorang lelaki yang sedang memandang aku dengan wajah serius dari jauh namun tetap terukir senyuman pada bibirnya.

Lelaki yang mengenakan suit hitam kelabu dan di padankan dengan tali leher berwarna baby blue itu memandang ke arah ku lagi tanpa henti. Aku mengeluh seketika sambil memusingkan bebola mataku.

Arghhh! Aku benci dia!

Kenapa aku boleh terjumpa dia tempoh hari. Kalau aku tak jumpa dia mesti aku tak akan jadi 'penyanyi'. Aku benci jadi penyanyi! Lagi-lagi lagu yang bergenre Jazz!

Tapi... Tanpa lelaki kacak berwajah model itu, hidup aku mungkin akan jadi teruk. Silap-silap aku merempat jadi gelandangan, tapi aku tetap tak suka dia. Urghhh!!!

Nak tahu kenapa aku tak suka dia?

Baik, akan aku imbas kembali kejadian sebulan lepas, semasa aku berjumpa dengan dia..

-

"Lepaskan akulah bodoh! Korang nak apa ni wey? Aku tak ada duitlah!" Marah aku kepada tiga orang lelaki yang cuba untuk merompak aku di suatu lorong gelap di belakang Bank Islam.

"Ah, aku tak kira! Mesti kau ada duit yang kau sorok dekat mana-mana!" Jerkah salah seorang dari tiga orang lelaki tadi yang kelihatan mabuk itu kepadaku.

"Tak adalah bodoh." Marah aku kembali sambil memeluk bungkusan kain pelikat yang di dalamnya aku isikan beberapa helai pakaian aku.

"Woi!" Tegur satu suara. Suara itu juga menyentakkan aku untuk memandang ke arahnya.

Terdapat seorang lelaki memakai penutup mulut berwarna hitam sedang mengacukan pistol ke arah perompak tadi.

Dalam beberapa saat, terus tiga orang perompak tadi melarikan diri macam lipas kudung setelah mereka merasakan seolah-olah ajal mereka akan datang menjemput sikiranya lelaki bertopeng itu menarik picu pistol dan melepaskan beberapa das tembakan. Dahlah mabuk! Jalan pun dah tak pakai kaki dah.

Aku tersenyum senang apabila melihat dua ekor sampah masyarakat itu dah berambus dari pandangan mata aku. Fuh! Puas hati aku!

Aku mula tersentak. Hanya ada aku dengan lelaki tadi. Secara perlahan-lahan aku menjerling ke arah lelaki tadi dengan perasaan gemuruh. Ah, mampus aku! Lelaki itu keras sahaja sambil memandang aku dengan serius sekali.

Anak matanya yang sangat lawa itu merenung ke arah aku dengan tajam sekali namun sangat mengoda.

"Lariii!!!" Laungku sekuat hati seraya sudah cuba untuk memecut laju dengan sepenuh tenaga aku. Bungkusan kain tadi aku pusingkan macam roda ferris sambil kaki aku terus berlari sebelum aku mati kena tembak.

"Wait!" Ucap lelaki itu secara tiba-tiba setelah dia dapat menangkap tangan kiriku dengan pantas seperti ninja.

Tiba-tiba kaki aku terasa berat dan terus terhenti dari bergerak. Rasa gelabah tu tak payah cakaplah, terasa macam nak kencing sahaja rasanya.

Aku cuba beranikan diri untuk memandang ke arah wajah lelaki tadi. Aku rasakan niatnya baik. Yalah, aku kenalah cuba sedapkan hati aku selagi boleh.

"Ya.. encik? Maaf, saya tak ada duit. Saya baru lari dari kampung. Saya sehelai sepinggang je ni. Tolong lepaskan saya." Ujarku dengan jujur.

Terdengar lelaki itu tadi ketawa sinis dari celahan penutup mulut berwarna hitamnya itu.

"I bukan nak buat jahat dengan you." Balas lelaki tadi dengan nada serius.

"Habis tu?" Soal aku kehairanan. Habis lelaki ni nak apa? Soalku dengan wajah berkerut.

"Tolong jadi 'girlfriend' aku." Ucap lelaki yang menutup mulutnya dengan penutup mulut berwarna hitam itu dengan lancar sekali.

"Hah?! Gr.. girlfriend? Bapak ah! Aku lelaki bodoh!" Balasku pula dengan mulut sudah terlopong luas! Lancar sahaja mulutku memaki lelaki itu tadi.

-

Fikiran aku kembali ke alam nyata setelah terdengar bunyi gelas kaca pecah~

Aku tak suka dia sebab aku kena jadi 'girlfriend' dia. Padahal aku ni lelaki! Lelaki kot! Kenapa nak ambil aku jadi 'girlfriend' dia? Sehingga ke hari ini aku tak tahu apa sebabnya.

Dia lelaki kaya, berusia tua dariku hanyalah beberapa tahun. Aku dua puluh satu tahun. Dia pula, dua puluh enam tahun. Berbeza hanya lima tahun macam itu.

Dia berikan aku segala kemewahan. Dia layan aku memang betul macam girlfriend dia walaupun dia tak kenal aku siapa. Dia main kutip je aku tepi lorong gelap belakang Bank Islam tempoh hari. Tapi sebagai balasannya, aku kena jadi penyanyi di hotel milik kawannya ini.

Kerja aku sudah tamat setelah menyanyikan empat buah lagi tadi. Penat. Kini, giliran penyanyi lain pula mengantikan tempat aku. Secepat mungkin aku turun dari pentas dan terus menuju ke belakang tetapi malang sekali, lelaki yang mengenakan suit hitam kelabu tadi lebih pantas dari aku.

"Hai, sayang nak pergi mana tu? I tak nak girlfriend I ni merayap pergi tempat lain tanpa I." Ucap lelaki itu yang sudah memimpin tangan aku dengan erat sekali takut-takut aku jatuh tersungkur macam hari pertama aku di sini. Dia betul-betul sayangkan aku nampaknya.

Ughh.. Farish Mikael.. itu sahaja yang mampu aku sebutkan dalam hati ketika ini. Farish Mikael, nama si jejaka kacukan bersuit hitam kelabu di sisi aku tadi.

Farish tak henti-henti memandang muka aku sambil tersenyum manis. Sweet, but psycho. Tapi apa yang aku tak boleh nafikan adalah dia telah selamatkan nyawa aku dan sanggup kutip aku dari terus merempat di tepi jalan sebab itulah kot aku setuju jadi 'girlfriend' dia. Hmm, aku sendiri pun tidak pasti.

Farish Mikail..

Ku sebut lagi nama itu dalam hati aku sambil memandang wajah lembut selembut sutera putih itu.