BAB 1

Bagai sudah menjadi ritual hariannya, setiap kali matanya tercelik dia pasti akan meluangkan berpuluh miinit masanya menatap awan biru. Kicauan burung yang menari-nari di angkasa raya, terbang membuat dia tenang.

Sungguh dia kagum pada alam dan makhluk ciptaan Tuhan. Kudrat si burung yang kecil itu cukup mmeberi dia inspirasi untuk menghargai makna hidup dan berkerja keras untuk mendapat apa yang diimpikan.

Betapa tiada ciptaan Allah yang sia-sia, jika diamati pasti ia memberi seribu makna dalam hidup kita.

“Farisi !!!! Apa kamu buat tu nak oi, dari tadi tak gerak ke sekolah lagi? Kamu ingat pintu gate sekolah tu tunggu kamu ke?” suara ibunya itu mematikan lamunannya

“Ya ibu! Farisi nak ke sekolah dulu ni,” kata Farisi cepat-cepat mengikat tali Kasut Wiranya.

“Farisi pergi dulu ya ibu, Assalammualaikum!”

Farisi meletakkan beg di belakang kerusi. Kelas telah mulai penuh dengan kawan-kawannya yang sibuk dengan agenda masing-masing. Matanya meliar mencari teman baiknya Sufian yang belum kelihatan dari tadi.

“Yuhuuu!”. Sapa seseorang dari belakang sambil menepuk bahunya.

Farisi yang sedikit kaget mengkalihkan pandangannya ke belakang serta merta. Senyum kambing Sufian yang menampakkan barisan giginya yang kekuningan kesan terlampau minum kopi kampung kata Sufian membuatkan Farisi tersenyum.

“Bukan main lewat kau datang hari ini. Aku ingat kau tak datang sekolah”, kata Sufian sambil mengeluarkan buku matematik tambahan.

“haah, aku cari ilham sebelum belajar.....”

“Amboi bukan main kau, yelah Farisi. Aku faham sangat kau tu...”,ujar Sufian tanpa memandangnya.