BAB 1

Hatinya merintih meronta. Serasa bagai ada konrit yang menghempasnya saat ini. Sungguh dia tak menyangka bahawa pengakhiran hidupnya akan menjadi begini. Adakah ia permulaan untuk duka tanpa henti.

“Tapi kenapa bang? Mana silap saya? Kenapa mesti sekali lagi abang?” ujar Lydia kepada suaminya. Air mata yang mengalir laju diseka menggunakan hujung lengan baju kurung putih berbunga merah jambu itu.

“Maafkan abang sayang. Abang tak pernah terfikir untuk menduakan sayang,” ujar Latif dengan rasa hiba.

Lydia memalingkan mukanya daripada memandang wajah suaminya. Hatinya kini benar-benar terluka. Tidak mungkin bisa disembuhkan lagi.

“Sayang tak boleh pertimbangkan lagi ke keputusan sayang kali ini? Abang masih sayangkan Lydia,” ujar Latif dengan nada sayu. Hari ini dia dipanggil ke mahkamah syariah apabila Lydia menuntut cerai kepadanya.

Lydia menarik pintu kereta dengan kasar. Perkarangan mahkamah syariah itu ditinggalkan olehnya secepat yang mungkin. Dia tidak mahu keputusannya untuk menuntut khuluk’ daripada Latif kali ini dipengaruhi oleh kata-kata manis daripada Latif lagi.

“Sesuatu yang halal yang amat dibenci Allah ialah talak.”

(H.R. Abu Dawud dan Ibnu Majah )