BAB 29:

Syahrell kini sedang dalam perjalanan ke wad Yuyu tapi dia ditegur oleh Jururawat Juwita yang telah meleraikan pergaduhan kelmarin.

"Encik ni suami Yuyu kan?"Tanya Juwita untuk meminta kepastian.Dia rasa Syahrell perlu tahu apa yang jadi kelmarin.

"Ya saya.Kenapa ya?"Tanya Syahrell.Jangan sahaja sesuatu yang buruk berlaku kepada Yuyu doanya di dalam hati.

"Kelmarin ada seorang perempuan ni dia ganggu Puan Yuyu berehat.Saya rasa Puan Yuyu tak suka dia sebab dia panggil perempuan tu perempuan gila.Kalau Encik kenal boleh tak pastikan perempuan tu jangan kacau Puan Yuyu yang perlukan rehat.Kalau tak silap saya nama dia Hawa."Beritahu juwita.Dia bukan nak masuk campur tapi kalau sesuatu berlaku kepada pesakit pihak hospital yang disalahkan pula nanti.Jadi lebih baik dia bertindak dulu.

"Terima kasih beritahu saya."Syahrell tidak jadi untuk melawat Yuyu sebaliknya dia whatsapp Hawa ajak berjumpa.

"Assalamualikum.Abang nak jumpa Hawa di restoran hari tu."-Syahrell

"Wassalam.Hawa tunggu abang."-Hawa

Teruja sungguh sebab Syahrell ingin berjumpa dengannya.

"Kenapalah Hawa buat macam ni?Hawa tak kesian ka dekat abang?Macam mana abang nak pujuk Yuyu nanti."Monolognya sendiri sambil memandu.

*****

"Nurse suami saya belum datang ka?"Tanya Yuyu kepada Juwita.Biasanya awal pagi Syahrell memang akan datang dan petang baru pulang tapi sampai sekarang belum sampai.

"Tadi suami puan ada datang tapi tak jadi bila saya beritahu hal kelmarin.Puan makanlah dulu mungkin petang nanti dia datang.Saya keluar dulu."Sebaik menyelesaikan tugasnya di situ.

"Mesti dia pergi jumpa perempuan tu."Perut yang tadinya lapar nak makan terus hilang selera bila dirasanya Syahrell akan berjumpa dengan Hawa.Dahlah beberapa hari di sini selera makannya berkurang gegara sakit.Mesti berat badannya akan susut.