BAB 19:

Seperti biasa Yuyu akan menyediakan sarapan untuk Syahrell.Ringkas aje.Lagipun Syahrell bukan makan banyak sangat.

"Abang mari makan."Ajak Yuyu sambil menyenduk nasi gorang kampung buatannya ke dalam pinggan.Sebaik sahaja selesai mengikat neck-tie Syahrell berlalu untuk pergi ke tempat kerja.Nampaknya suaminya itu masih marahkannya.

"Tu lah kau Yuyu,cakap lagi tentang perkara yang abang Rell tak suka.Kan dah kena."Yuyu memarahi dirinya sendiri.Yuyu mengetuk-getuk kepalnya perlahan menggunakan tangannya tanda kesal.

"Mana gelang tangan aku?"Yuyu mula sedar gelang tangan pemberian ibunya itu tidak berada di pergelangan tangan kanannya.Jarang dia tak pakai gelang tu.Di cari-cari tapi tak jumpa.

*****

Syahrell dah balik.Sebaik aje sampai terus masuk ke dalam bilik.Buat Yuyu semakin serba salah.Dahlah mereka berdua aje dalam rumah tu.Kalau Syahrell tak bercakap dengan dia,dia nak cakap dengan siapa.Nak cakap dengan Abin patung burung hantu dia tu bosan juga sebab dia tak pandai menjawab.

"Abang marah Yuyu lagi ka?Janganlah macam ni.Yuyu minta maaf.Janji tak cakap lagi."Kata Yuyu di luar bilik Syahrell sambil mengangkat tangan kanannya macam mengangkat sumpah.Macam aje Syahrell nampak lagaknya itu.Usai itu dia masuk ke biliknya apabila Syahrell tidak memberikan sebarang jawapan.

Syahrell bukan tak dengar sengaja aje buat macam tu.Entah dia rasa geram betul bila Yuyu tak nak dengar cakapnya supaya tidak bekerja.Syahrell mengambil kotak kenangannya yang disimpan di atas almari.Itulah kerjanya bila rindu dengan Siti Hawa.Lupakah dia tentang statusnya yang sudah menjadi suami Yuyu.

"Ini gelang tangan Yuyu.Macam mana ada kat dalam kotak aku ni?"Kaget Syahrell apabila melihat gelang itu.Macam mana tak kenal kalau Yuyu selalu pakai gelang tu.Patutlah dia perasan beberapa hari ni Yuyu tak pakai gelang itu.

"Yuyu buka kotak ni?"Syahrell tidak marah.Mungkin rasa serba salah saja.Yuyu berusaha untuk membuka pintu hatinya tapi dia pula asyik rindukan Siti Hawa yang sudah menjadi suri hati orang lain.