BAB 41:

"Bestlah wayang tadi tu.Tak rugi kita tengok."Kata Hazzel sebaik keluar.Tangan kanannya dipegang oleh Ikmal manakala sebelah lagi Yuyu.

"Betul tu."Kata Yuyu pulak.Seronok sangat hari ni lagi-lagi ada Hazzel yang bermacam-macam karenah yang comel.

"Kita pergi makan dulu lepas tu baru balik."Ajak Ikmal.Sudah lama dia tidak melihat anak gadisnya itu seceria itu.Semua ini disebabkan adanya Yuyu.

"Siapa tu?"Ujar Syahrell yang kebetulan lalu disitu.Hawa sedang menunggunya di sebuah restoran yang ada di sekitar situ.Matanya fokus memandang isterinya yang berjalan dengan seorang lelaki(Ikmal) yang tidak dikenalinya dan seorang budak perempuan(Hazzel) yang keluar dari panggung wayang.Perasaan cemburu mula menjalar di hatinya.Dia tidak berbuat apa-apa sebaliknya hanya memerhati dari jauh.Bertambah sakit hatinya apabila melihat kemesraan Yuyu dengan mereka yang bagaikan sebuah keluarga.Yuyu pula langsung tidak perasaan kehadiran suaminya di situ.

"Abang kenapa ni?"Tanya Hawa sebaik melihat wajah Syahrell yang sedih.Biasanya happy sahaja.Datang pun lambat biasanya tepat pada masanya.Ini semua sebab dia sibuk memerhati Yuyu.

"Tadi abang ternampak Yuyu...dengan lelaki yang abang tak kenal.Hari ni kan dia pergi tengok wayang.Rupanya dia keluar dengan lelaki."Rasa geram dan cemburu datang dalam satu masa.Dia tidak kekok untuk menceritakan segalanya dengan Hawa.

"Ini peluang aku."Ujar gadis itu di dalam hati.Ini adalah peluang untuk dia mendapatkan Syahrell.

"Abang Hawa rasa mesti lelaki tu special di hati Yuyu...errr kan abang cakap mereka nampak mesra.Tak boleh macam ni bang lebih baik abang lepaskan Yuyu dari dia terus dapat dosa sebab duakan suami.Hawa bukan apa ini untuk kebaikan abang dan Yuyu juga."Hawa cuba bermain kata sedangkan Syahrell tiada pun minta pendapat dia.Syharell hanya berdiam melayan perasaannya.Baginya ini semua jadi sebab dia abaikan Yuyu tapi dia geram juga sebab Yuyu berani buat macam tu.

"Kita jumpa lain kali.Abang tak ada mood."Kata Syahrell lalu berlalu meninggalakan Hawa.Makanan yang dipesan langsung tidak dijamahnya tapi dia sudah bayar bil makan itu.

"Tak guna punya perempuan.!Dia yang buat hal aku yang kena.!"Marah Hawa.Seperti Syahrell dia pun turut pulang.

*****

"Yuyu..terima kasih sebab kembalikan anak saya yang dulu.Kalau boleh saya nak berkawan dengan awak."Kata Ikmal.Dia senang dengan kehadiran Yuyu yang mengembirakan anaknya.Yuyu melayan Hazzel seperti anknya sendiri di pandangan matanya.Dia menjadi berani apabila tadi semasa dia pergi ke tandas dia ternampak Syahrell dan seorang gadis.Dia rasa dia ada peluang untuk mendapatkan Yuyu.

"Saya ok je."Kata Yuyu sambil menghirup sedikit fresh orangenya.Baginya tidak salah dia berkawan dengan Ikmal lagipun hanya sebagai seorang kawan sahaja.Dia tidak tahu yang Ikmal mengharapakan lebih dari itu.Hazzel ketika itu leka menikmati makanannya.