BAB 31:

Hari ni Syahrell datang menjemput isterinya,Yuyu pulang ke rumah.Keadaan masih sama,Yuyu masih marahkannya.

"Semua dah siapkan?"Soal Syahrell sebaik masuk ke wad Yuyu.Dia baru selesai membayar bil hospital.Yuyu sekadar mengangguk mengiyakan kata-kata Syahrell.Begitulah Yuyu bila ditanya.Payah betul nak dengar dia berbicara becok seperti dulu sekarang ni.

"Abang Yuyu nak balik rumah mak."Kata Yuyu selamba semasa Syahrell sudah bersiap untuk mengangkat beg pakaiannya.Terbantut langkah Syahrell mendengarnya.Dia meletakkan beg pakaian itu semula di atas sofa kemudian memandang Yuyu.

"Sampai bila Yuyu nak marah abang macam ni?Yuyu kan baru pulang.Biarlah Yuyu berehat dulu.Baru kita balik ke kampung."Yuyu sekadar diam memandang Syahrell yang kelihatan begitu sayu ketika berbicara sebegitu.

"Kenapa kat kampung tak boleh berehat kah?Mesti sebab Hawa tak ada kan?Abang bawalah dia.Tinggal ja Yuyu kat rumah mak."Geram dia dengan Syahrell.Syahrell pula tidak membalas kata-kata Yuyu.Kalau dia balas kata-kata Yuyu nanti bergaduh pula mereka.Lagipun Yuyu baru ja nak sihat.

"Yalah kita balik kampung.Abang tak perlukan Hawa abang ada Yuyu."Kalau tak kata macam tu karang isterinya ingat dia setujuh pula dengan cadangan itu.Nak ibu dia lesing kalau bawa Hawa balik.Kalau ibu tak marah kiranya nak bawa Hawa balik sekalilah ni???-_-