BAB 24:

Esoknya Puan Yulia dan Puan Sofia pun sampai bersama Pak Mat.Begitu juga dengan Afiqah.Yuyu pula masih dalam keadaan koma.

"Syahrell Yuyu macam mana?"Tanya Puan Yulia sebaik sampai.

"ermmm...dokter kata keadaan Yuyu sekarang sudah stabil tapi dia berada dalam koma."Beritahu Syahrell kesal.Baginya semua ini salahnya.Bertambah laju air mata Puan Yulia mengalir apabila mendengarnya.Matanya sudah menjadi sembab kerana banyak menangis.

"Apa dah jadi ni Syahrell?Macam mana kamu jaga isteri kamu ni?Belum sampai sebulan pindah kat Kulala Lumpur dah jadi macam ni."Sungguh dia risau keadaan menantunya.

"Syahrell minta maaf."Katanya sambil tunduk menekur lantai.Kalau ibunya tahu ini semua terjadi disebabkan dia bertemu Hawa pasti ibunya akan bertambah marah.

"Dahlah tu Sofia.Benda dah jadi.Bukan salah Syahrell.Mesti dia pun tak minta jadi macam ni.Baik kita tengok Yuyu.Syahrell kamu pulang dulu.Mesti kamu di sini dari kelmarin lagi."Puan Yulia cuba menenangkan Puan Sofia.Betullah yang dikatakan Puan Yulia itu,dari kelmarin dia menjaga Yuyu.

Telefon Syahrell berbunyi menandakan satu whatsapp masuk.

"Abang,Yuyu macam mana?Dia dah sedar?"-Hawa

"Keadaannya dah stabil tapi belum sedar dari koma."-Syahrell.

Sungguh dia rindu suara Yuyu.Mulut gadis itu yang becok membuatkan hari-harinya tidak sunyi tapi kini gadis itu berada di dalam koma.Ingin sahaja dia putar masa sekiranya boleh untuk mengelakkan semua ini terjadi.

*****

Kini giliran Afiqah menjaga Yuyu.Puan Yulia dan Puan Sofia pula serta Pak Mat ke surau untuk menunaikan solat.Syahrell akan datang semula ke hospital selepas zohor.

Sungguh sedih melihat keadaan sahabat baiknya yang terbaring lemah itu.Rindu sangat dekat sahabat baiknya itu.Air mata tak payah cakap,dah macam nak banjir dekat hospital tu dibuatnya.Afiqah mengenggam tangan Sahabat baiknya itu sambil duduk di kerusi.

"wei Yuyu bangunlah.Aku rindu kau ni.Kau tak rindu aku ka?Dah-dah lah tidur.Aku banyak lagi nak bagi tips cara nak pikat suami dekat kau."Setahu Afiqah orang yang koma ni mampu mendengar orang bercakap tapi tidak mampu bercakap untuk membalas.