BAB 10:

Hari Pernikahan YuRell...

Tibalah hari yang Yuyu nantikan.mereka menikah di masjid al-Jamak.Happy giller Yuyu.Yalah dapat kahwin dengan jejaka pujaan hati lah katakan.

"Aku terima nikah Yuyu Mardiha binti Mahmud dengan mas kahwinnya RM3000 tunai."Dengan sekali lafaz sahaja Yuyu sudah menjadi isteri Syahrell.

"Sah?"Tanya tok kadi yang menikahkan mereka hari itu kepada dua orang wali.

"Sah."Jawab Pak Long dan Pak Ngah Yuyu selaku wali mengantikan arwah ayah Yuyu iaitu Encik Mahmud.

"Yesss!"Terlampau excited sampai tak perasan terlepas cakap.Orang ucap alhamdulillah dia pergi sebut yes.Buat malu aje Yuyu ni. Peliknya Yuyu terlepas cakap muka Syahrell pula yang merah.

"So sweet arh.Sekali lafaz aje."Bisik Afiqah kepada Yuyu.Ini lah jadi kalau mereka duduk bersama.Orang sibuk baca doa mereka berdua bercerita.Usai tok kadi baca doa tiba masa untuk upacara pembatalan air sembahyang.

Syahrell menyarungkan cincin ke jari manis Yuyu kemudian turn Yuyu pula.Sepatutnya Syahrell mencium dahi Yuyu tapi dia hanya memegang dahi Yuyu kemudian membaca doa untuk kesejahteraan rumah tangga mereka.

"Asal dia pegang aje tak cium pun."Monolog Yuyu di dalam hati.Gatal kan?Muka sudah monyok tanda tak puas hati.

"Kenapa kakak buat muka monyok tu?Orang nak snap ni.Buatlah gaya sikit."Bebel Syafik anak Pak Long Yuyu selaku juru gambar hari ini.Laju terus Yuyu buat muka-muka trep comel.Suka sangat bab-bab selfie ni sampai lupa sudah tentang hal tadi.Syahrell jadi mangsa teman Yuyu selfie.Nasib ni khas untuk Yuyu dan Syahrell aje dulu kalau tak dengan Afiqah sekali ikut.Tu monopot dah kat tangan kejap lagi nak selfie sampai lebam dengan Yuyu lah tu.

"Abang senyumlah sikit.Buat macam ni."Ajak Yuyu kepada Syahrell.Ada ke Yuyu suruh Syahrell buat bentuk love.Memang tak lah Syahrell nak buat tapi last-last Syahrell buat juga dah Yuyu buat muncung itik dia.Umur aje 21 tahun tapi perangai Yuyu ni macam budak-budak.Macam mana lah Syahrell nak urus Yuyu ni.