BAB 22:

"Mana abang Rell ni?Dia pergi tandas dekat rumah ka?"Gila tak membebel lama kot dia tunggu.Nasib tak berlalat kat sini.

"Adik tandas kat mana?"Tanya Yuyu kepada kepada pelayan perempuan yang ada di situ.Kot-kotlah suaminya itu lupa jalan balik.

"Apa pula yang kecoh-kacoh ni?"Monolog Yuyu apabila dengar bunyi bising.Macam nak roboh ni bangunan.Sebaik sahaja lihat gerangan orang yang bergaduh itu Yuyu terus menyorok di sebalik tiang.Luluh hatinya.Mereka langsung tidak menyedari kehadirannya.

"Hawa masih cintakan abang?Hawa tak kesah nak jadi isteri kedua abang asalkan abang dengan Hawa."Kata Hawa.Terkejut Yuyu sehingga dia terlepas beg tangan yang dipegangnya di tangan.

"Yuyu.Tunggu dulu."Kalut Syahrell apabila bunyi itu datang dari tiang yang ada di situ.Dilihatnya Yuyu yang sedang menangis teresak-esak.Yuyu sudah berlalu keluar dari situ.Dia tak tahu nak pergi mana.Dah sah-sah ini pertama kali dia datang sini.Apa yang dia tahu cuma mahu pergi dari sini secepat yang mungkin.

"Yuyuuu!!!"Teriak Syahrell apabila melihat Yuyu dilanggar oleh kereta yang dibawa dengan laju itu.Yuyu langsung tidak menyedari kehadiran kereta itu.Syahrell memeluk tubuh Yuyu yang sudah dilumuri darah sebelum ambulans yang dipanggil tiba.

Hawa yang turut ada di situ juga terkejut meyaksikan kejadian yang berlaku dengan cepat itu.Sayang sungguh Syahrell kepada Yuyu.