BAB 16:

Syahrell dan Yuyu kini tiba di destinasi yang mereka tuju.Teruja Yuyu memasuki apartment mewah suaminya itu yang sangat cantik dan bersih.

"Ya ibu.Nanti Yuyu bagi tahu abang Rell."Sebaik saja sampai Yuyu menelefon ibunya untuk memaklumkan yang mereka sudah selamat sampai di rumah.Belum sehari dia dah rindu ibunya.Begitu juga dengan ibu mertuanya dan Afiqah.

"Abang ibu kirim salam."Beritahu Yuyu kepada Syahrell yang sedang menonton televisyen.Kekok pula dia.Sebelum ni ada ibunya tapi sekarang hanya mereka hanya berdua sahaja.Syahrell menyambut salam itu sebelum dia menyuruh Yuyu mengikutinya.

"Ini bilik Yuyu.Abang dah letak beg Yuyu di dalam."Beritahu Syahrell.Dia faham wajah yang mempamerkan riak kebingungan itu.

"Dia nak kami tidur asing-asing ke ni?Macam yang dalam drama tu?Dia kata nak mula hidup baru.Jadi semua ni apa?"Persoalan itu hanya mampu dipendamnya.Sedih kerana Syahrell masih belum menerimanya.

"Abang masih tak sedia.Bagi abang masa."Beritahunya kesal.Dia nampak kesungguhan Yuyu yang cuba membuka pintu hatinya yang terkatup rapat tapi kenapa hatinya masih berkeras juga?

"Tak apa Yuyu akan tunggu abang.Oklah Yuyu nak ke dapur ni,masak.Nanti kita makan sama-sama.Abang rehatlah dulu.Mesti penatkan sebab lama memandu?"Bibirnya cuba mengukir srnyuman yang manis Tidak mahu Syahrell rasa bersalah terhadapnya.Dia yang nak sangat kahwin dengan Syahrell jadi dia sedia untuk menerima risikonya.

"Mulai misi aku hari ni.Misi memikat hati suamiku,abang Rell."Seperti biasa Yuyu tidak mudah untuk berputus asa.