BAB 34:

Hari ni Yuyu dan Syahrell bermalam di rumah Puan Sofia pula.Orang kata barulah adil.Yuyu sekarang tengah cuba untuk memaafkan Syahrell.Lepas makan Puan Sofia panggil mereka ke ruang tamu rumah.Katanya ada benda nak bincang.

"Ibu tahu kamu berdua macam ni mesti sebab Hawakan?"Puan Sofia memulakan bicara.Yuyu sekadar tersenyum kelat mendengarnya manakala Syahrell tunduk menekur lantai.

"Sekarang ibu nak Syahrell lupakan Hawa.Ingat Syahrell isteri kamu Yuyu bukan Hawa.Dia yang sepatutnya kamu jaga dan sayang.Ibu minta maaf sebab masuk campur.Kamu dua bincanglah dulu."Puan Sofia berlalu ke dapur meninggalkan mereka berdua."

"Errr...Yuyu abang betul-betul minta maaf.Abang tahu ini silap abang.Abang tak kesiankan Yuyu yang berusaha untuk bahagiakan abang."Ikhlas Syahrell berbicara.Yuyu pun bukan jenis yang keras hati sangat nak maafkan seseorang.

"Tak apalah benda dah jadi.Apa yang penting sekarang kita kena sama-sama harmonikan rumah tangga kita."Ucap Yuyu dengan senyuman manis.Yuyu dah back to the normal.

"Abang ada benda nak bagi tahu ni...Abang benarkan Yuyu kerja kalau itu membahagiakan Yuyu tapi hanya dibenarkan bekerja di sekolah yang ada di kawasan rumah kita.Abang dah dapatkan Yuyu kerja."Beritahu Syahrell.Bernas juga cadangan Afiqah.

"Horrey!!!"Lupa sudah Syahrell yang duduk di sebelahnya sebab terlampau gembira.Syahrell pula hanya mampu gelak.Last" sendiri malu sebab terlampau teruja.

Telefon Syahrell berbunyi menandakan satu whatsapp.

Hawa-"Assalam.Abang ada kat mana?"

Syahrell tidak membalas memandangkan Yuyu ada di situ.Lagipun dia baru sahaja berbaik dengan Yuyu.

Lusa mereka berdua akan balik.Sudah berapa hari Syahrell cuti.Nasib ada sahabatnya yang tolong gantikannya.