BAB 26:

Dua hari Puan Yulia dan Puan Sofia serta Afiqah di sini.Mereka terpaksa balik ke kampung bila mendapat berita Mak Leha meninggal dunia.

"Jangan lupa beritahu khabar Yuyu kalau dia dah sedar."Pesan Puan Yulia.Ikutkan hati ingin sahaja dia tinggal di sini sehingga Yuyu sedar.Tapi mengingatkan pemergian Mak Leha yang merupakan jiran mereka dia akhirnya pulang.

"Jaga isteri kamu baik-baik."Pesan Puan Sofia pula. Empat patah perkataan sahaja tapi mampu untuk menakutkannya.Mesti ibunya tidak mahu dia rapat dengan Hawa lagi.

"Baik ibu."Kata Syahrell sambil meyalami tangan ibunya.

"Bila Yuyu nak sedar?"Ditatapnya wajah isterinya yang terbaring lemah itu.

"Assalamualaikum abang."Kata Hawa sebaik masuk.

"Waalaikumsalam.Hawa buat apa kat sini?"Tanya Syahrell.Mujur ibunya tiada di sini kalau tidak pasti kecoh.

"Mesti abang belum makan sebab asyik jaga Yuyu.Abang apa pun kesihatan kena jaga.Ni Hawa ada bawa makanan kesukaan abang.Hawa masak sendiri tau."Beritahu Hawa sambil menyediakan makanan yang di bawanya.

"Tak apa lah abang tak lapar."Jawab Syahrell malas.

"Kalau Yuyu ada mesti dia tak nak tengok abang tak makan."Pujuk Hawa.Laju sahaja Syahrell mencapai bekas makanan itu.