BAB 46:

Sudah tiga hari Yuyu menghilang entah ke mana.Syahrell pula semakin tidak terurus.

"Kau kat mana ni Yuyu?Aku risaukan kau?"Ujar Afiqah di dalam hati.Air matnya mengalir.Sungguh dia risaukan sahabat baiknya itu.Apa-apa berlaku mesti Yuyu beritahunya tapi kali ini tidak.Lamunanya terhenti apabila telefonnya berdering.

"Assalamualaikum Afiqah aku ni?"Kata Yuyu yang berada di talian.Sungguh Afiqah lega dapat dengar suara sahabatnya itu.

"Kau kat mana ni?Kau ok ka?Apa yang berlaku dekat kau dengan abang Rell?Kenapa kau tak beritahu aku apa-apa?Kau tahu tak aku risau?Macam ni ka sahabat?"Macam mecine gun Afiqah menyoal.

"Aku minta maaf sangat-sangat.Aku penat dan aku perlukan masa.Tolong jangan bagi tahu sesiapa aku call kau."Ujar Yuyu melepaskan keluhan.Air matanya mengalir.Tangan kirinya mengusap perutnya.

"Ok aku janji tapi tolong bagi tahu aku kau kat mana.Aku ridaukan kau?"Kata Afiqah.Dia akan pastikan Yuyu di mana supaya dia tidak risau.

"Aku kat Langkawi.Jangan bagi tahu abang Rell.Janji?Aku dah penat,penat sangat.Nanti bila aku dah tenang aku baliklah.Ni aku nak bagi tahu kau tak lama lagi kau nak jadi ma cik?"Kata Yuyu kepada Afiqah membuatkan Afiqah berteriak terkejut.Kesedihannya terus dilupakan apabila menyebut tentang kandungannya.

"Wei tahniah beb.Kau jaga kesihatan tau.Jangan sedih-sediah.Jaga baby tu baik-baik.Cepat-cepatlah balik sini aku nak jaga kau."Kata Afiqah.

"Ye aku tahu.Nanti bila tiba masa aku balik.Oklah bye aku letak dulu tau.Nanti bila-bila aku call balik.Jangan bagi tahu hal ni dulu dekat abang Rell.Janji?!!!"Kata Yuyu sebelum menamatkan panggilan.

"Ye janji."Kata Afiqah.Lega sedikit hatinya.

*****

"Ada apa kau nak jumpa aku ni?"Tanya Syahrell kepada Ikmal.Geram dia dekat lelaki dihadapannya ini sebab cuba mengurat isterinya dulu.Ikutkan hati memang dia malas nak keluar tapi Ikmal mendesak.

"Kita tunggu seseorang kejap baru aku bagi tahu."Kata Ikmal sambil menghirup air kopinya.Syahrell pula tidak berminat untuk tahu siapa yang dimaksudkan itu.

"Hawa buat apa kat sini?"Tanya Syahrell apabila lihat Hawa datang ke meja mereka.Hawa tersenyum hambar ke arah Syahrell.

"Syahrell sebenarnya aku ni suami Hawa.Hazzel tu anak kami.Aku minta maaf sangat-sangat sebab isteri aku kacau rumah tangga kau dengan Yuyu.Aku tak tahu pula kau dan Hawa pernah bertunang."Kata Ikmal kesal.Kecil aje duniakan.

"Hawa minta maaf sangat abang.Hawa menyesal sebab ganggu rumah tangga abang."Alhamdulillah sekarang dia sedar yang perbuatannya menganggu rumah tangga Syahrell dan Yuyu ialah salah.Kini dia cuma mahu memohon maaf dan memulakan hidup baru bersama keluargannya.

"Tak apalah benda dah jadi.Aku pun nak minta maaf sebab aku selalu keluar dengan Hawa."Ucap Syahrell kesal.

"Yuyu mana?"Tanya Hawa.Lega sebab mereka semua sudah berbaik.Syahrell cuba mengukir senyuman bila Hawa bertanya pasal Yuyu yang dia sendiri tidak tahu dimana keberadaannya.

"Dia balik ke kampung.Katanya rindu ibu dia."Tipu Syahrell.Dia tidak mahu hal rumah tangganya diketahui ramai.Biarlah mereka yang selesaikan.Dia rindukan Yuyu.Baru tahu macam mana rasa kehilangan bila Yuyu tiada di sisinya.Syahrell betul-betul berasa sunyi.