BAB 35:

Hari ni hari pertama Yuyu bekerja sebagai cikgu di Tadika Amani.Semangat betul.Tak adalah bosan asyik terperuk sahaja kat rumah.

"Assalamualaikum murid-murid.Nama cikgu Yuyu.Cikgu baru dekat sini."Mulalah sesi berkenalan dengan murid-murid yang dia akan ajar.Semuanya comel-comel.

"Name saye Nur Mia Aqila.Saye murid paling comel di cni."Pelat Mia berkata.Macam-macam karenah mereka.Tapi dalam banyak-banyak muridnya di tertarik dengan seorang murid perempuan ni.Comel tak payah cakap memang sangat comel.

"Hai si comel.Cantik lukisan ni.Nama si comel ni siapa?Semua orang dah perkenalkan diri tinggal comel ja lagi belum."Tegur Yuyu apabila melihat budak yang sedang fokus melukis itu.Tangan kirinya pula sibuk memeluk patung beruang bewarna coklat.Pipi budak itu di cubit perlahan tanda geram.

"Ape masalah cikgu nie?Janganlah kacau saye."Budak itu merenung tajam ke arah Yuyu tapi sikit pun tidak kelihatan garang.Comel adalah.Lukisannya di sorokkan ke belakang.

"Cikgu jangan ambil hati dia tu memang cam tu.Nama dia Nur Iris Hazzel."Mia memberitahu.Yuyu senyum manis memandang Hazzel tapi budak itu masih dengan mukanya yang masam mencuka.

Sesi pembelajaran hari ni berjalan dengan lancar.Tumpuannya sentiasa tertumpu ke arah Hazzel.Hazzel lebih suka bersendiri.Yuyu tertarik untuk mendekati budak itu.Sebaik habis kerja,Syahrell menjemputnya.

"Sorry,abang lambat."Kata Syahrell sambil merapatkan kedua-dua tangannya tanda memohon ampun.Dia keluar membuka pintu kereta untuk Yuyu.

"Tak apa.Abangkan kerja."Bibirnya mengukir senyuman manis tidak mahu buat Syahrell tambah rasa bersalah.Hilang segala penat lelahnya apabila melihat Syahrell yang bersemangat memujuknya.Siapa yang tidak gembira apabila orang yang disayang layan macam tu?^_^

"Macam mana first day?Ok?"Tanya Syahrell sambil memandu kereta menuju ke restoran.

"Alhamdulillah,ok.Seronok sangat.Terima kasih abang sebab benarkan Yuyu kerja.Yuyu ada sorang murid ni comel sangat tapi dia suka menyendiri."Terang Yuyu dengan perasaan teruja.Syukur sangat sebab Syahrell bagi dia bekerja.

"Sama-sama.Kalau Yuyu happy abang pun happy.Pasal murid tu abang rasa Yuyu kena bantu dia untuk bergaul dengan orang lain."Dilihatnya semangat betul Yuyu bekerja.

Mereka tiba di destinasi dan masa tu Hawa pun ada.Cuma mereka tidak perasan kehadiran gadis itu.Hawa menghantar satu pesanan whatsapp kepada Syahrell tapi dari jauh dilihatnya Syahrell mematikan telefonnya apabila melihat whatsapp darinya masuk.Sungguh dia geram melihat kemesraan dua insan itu.