BAB 20:

Boleh pula Yuyu terlewat bangun.Dia akan terlewat untuk menyediakan sarapan.Biar pun Syahrell mungkin tak akan makan tapi dia sediakan sahaja.Siapa tahu Hati suaminya itu sudah pulih.Nasib hari ni hari cuti Syahrell akan duduk di rumah sahaja.

"Abang."Terkejut Yuyu apabila sebaik masuk ke dapur dia nampak Syahrell sedang menyediakan sarapan pagi.Suaminya itu tersenyum manis ka arahnya.Senyuman yang mampu mencairkan sekeping hatinya.Ok kah sudah suaminya itu?

"Abang kenapa buat kerjanya ni.Ini Yuyu punya kerja.Sorry sebab Yuyu terlelap lepas solat subuh tadi."Yuyu cuba mengambil ahli kerja yang Syahrell buat tapi dihalang oleh Syahrell.

"Balik-balik Yuyu yang buat.Apa salahnya abang pula yang sediakan.Lagipun semua dah siap tinggal nak hidang aje.Yuyu duduk dulu nanti kita makan sama-sama."Kata Syahrell sambil menarik tangan Yuyu untuk menyuruh isterinya itu duduk.

Syukur sebab suaminya itu sudah memaafkannya.Sungguh lega hatinya.Pelik suaminya itu tidak berhenti senyum kepadanya.Hailah berbunga-bunga cik hati.

"Kenapa pandang Yuyu macam tu?"Giller tak kekok.Dup!Dap!Dup!Dap! yang jantung.Kalau hari-hari macam ni boleh kena heart attack dibuatnya.

"Nanti lepas makan Yuyu siap.Abang nak ajak Yuyu jalan-jalan.Asyik terperap je kat rumah.Abang minta maaf sebab abang sibuk sampai tak pedulikan Yuyu."Kata Syahrell kesal.Dah seminggu lebih kat sini baru nak ajak orang jejalans-_-.

"Tak apalah Yuyu tak kesah.Abang kan sibuk.Yuyu ok je kat rumah."Tidak mahu Syahrell terus rasa bersalah.Lepas makan Yuyu nak basuh pinggan mangkuk tapi Syahrell menghalangnya.Last2 mereka bersama-sama mencuci semua pinggan.Takkan nak biar Encik Suami yang buat kerja pula kan?

*****

Syahrell mengunci pintu rumahnya.Sebelum mereka masuk ke dalam kereta Syahrell memberikan gelang Yuyu yang dia jumpa di kotak miliknya.

"Nah ni gelang Yuyu.Abang jumpa kat bilik."Syahrell tak beritahu pun dia jumpa gelang tu di dalam kotaknya.Biarlah hal itu habis begitu sahaja.Lagipun dia baru sahaja berbaik dengan Yuyu.

"Errr...terima kasih.Hari tu Yuyu masuk bilik abang sebab nak mengemas,tercicir pula gelang ni.Patutlah Yuyu cari tak jumpa.Sorry sebab Yuyu masuk bilik abang."Takut Yuyu kalau Syahrell tahu dia buka kotak tu.Dah tahu dah pun.

"Tak apalah.Itukan rumah Yuyu juga.Lagipun Yuyu cuma nak mengemas."Usai itu mereka masuk ke dalam perut kereta.Lega Yuyu.Tengok dari cara-cara Syahrell bercakap nampak macam lelaki tu tak tahu yang dia dah buka kotak milik lelaki itu.Kununnyalah.