BAB 37:

Seminggu Mengajar di Tadika Amani...

"Cikgu tunggu sape?"Tanya Mia kepada Yuyu.Pelik melihat cikgunya yang balik-balik melihat ke arah pintu.

"Tak adalah."Kata Yuyu pula.Sebenarnya dia tengah menunggu Hazzel.Budak comel tu belum sampai.Sepanjang dia mengajar ini pertama kali Hazzel tiada.Entah lewat ataupun tidak datang.Tapi entah kenapa dia tetap menunggu budak comel itu.

"Arrrhhh!!!"Terdengar suara menjerit dari luar.Rupanya Hazzel yang menjerit.Yuyu yang ada di situ segera ke luar.

"Kenapa ni?"Tanya Yuyu kepada Hazzel.Air mata budak comel itu sudah mengalir laju di pipi.

"Patung Hazzel."Hazzel menunjukkan teady bear coklatnya yang terjatuh di jalan.Yuyu segera berlari ke jalan sebelum sebuah kereta melanggar patung itu.Mujur sempat.

"Nah jaga patung ni baik-baik."Yuyu menyerahkan patung itu kepada Hazzel.Sayang betul dengan patung tu.Tiap-tiap hari pegang patung tu.Biarpun tengah makan.

"Terima kasih cikgu."Hazzel memeluk patung itu kemudian memeluk Yuyu yang berlutut di depannya.Kedua-dua pipi Yuyu dicium tanda terima kasih sebab menyelamatkan patungnya.Tergamam Yuyu dibuatnya.Biasanya budak comel itu dingin dengannya tapi selepas kejadian tadi tidak.

"Sama-sama.Boleh cikgu tahu kenapa Hazzel sayang sangat dekat patung beruang ni?"Tertarik untuk mengetahuinya.Hazzel mengangguk mengiyakan kata-kata Yuyu.

"Patung ni umi Hazzel yang bagi.Sebab tu Hazzel sayang."Kata Hazzel ceria.Mereka kemudiannya masuk ke tadika amani bersama-sama.Yuyu semakin rapat dengan Hazzel.

Waktu pulang Yuyu menaiki teksi untuk pulang memandangkan Syahrell ada pesakit waktu itu.

*****

"Ada apa Hawa nak jumpa abang ni?"Tanya Syahrell kepada Hawa.Gadis itu mendesak untuk berjumpanya.

"Abang Hawa tahu abang masih sayangkan Hawa.Sama macam Hawa tapi kita berdua terhimpit sebab dah berkahwin."Hawa meluahkan segalanya.

Syahrell hanya mampu mengeluh.Dia pun keliru dengan perasaannya.Tengok sekarang dia tipu Yuyu.Kata ada pesakit padahal dia pergi berjumpa Hawa.Kalau Yuyu tahu mesti isterinya itu akan berasa sangat sedih.