BAB 27:

Seminggu kemudian baru Yuyu sedar dari koma.Syukur yang amat sangat bagi Syahrell.Syahrell masuk ke wad Yuyu setelah doktor selesai merawat Yuyu.

"Isteri kau dah ok.Mungkin lusa dah boleh keluar."Beritahu Dokter Hadi sahabatnya sebelum berlalu.

"Alhamdulillah Yuyu dah sedar.Lama abang tunggu."Kata Syahrell sebaik masuk.Dilihatnya Yuyu yang ingin makan semangkuk bubur.

"Mari sini abang suap."Syahrell cuba mengambil mangkuk yang Yuyu pegang.

"Tak apa Yuyu boleh buat sendiri."Kata Yuyu selamba.Nampaknya Yuyu masih marahkannya.Keadaan di situ hanya sunyi bila mereka langsung tidak berbual apa-apa.Bukan Syahrell tidak cuba berbual dengan isterinya tapi Yuyu yang tidak melayannya.

Telefon Syahrell berbunyi apabila satu whatsapp masuk.Itu dari Hawa yang bertanya khabar Yuyu.

"Abang Yuyu dah sedar?"-Hawa

"Dah."-Syahrell

"Petang ni Hawa datang lawat dia."-Hawa

"Tak payahlah.Hawa tolong faham ya"-Syahrell

"Siapa tu?"Tanya Yuyu.Tidak larat dia nak habiskan semangkuk bubur itu.

"Errr...Ibu.Ibu kirim salam."Tipu Syahrell.Dia sudah menelefon ibunya tadi untuk memaklumkan yang Yuyu dah sedar.Syahrell tidak mahu Yuyu bertambah marah kepadanya bila tahu Hawa yang whatsapp dia.

"Waalaikumsalam."Balas Yuyu.Dia ingat nak telefon ibunya nanti.Keadaan kembali sunyi.

"Abang nak pergi tandas kejap."Kata Syahrell sebelum berlalu.Tidak tahu macam mana dia hendak memujuk Yuyu.Sebaik sahaja Syahrell berlalu Yuyu mencapai telefon Syahrell di atas meja.Nasib tiada kunci.

"Penipu.Bukan ibu tapi kesayangan dia yang telefon.Apa masalah perempuan tu kacau laki aku?"Air matanya yang mengalir di seka.Kemudian dia meletakkan semula telefon Syahrell.Tidak mahu suaminya itu perasaan.

"Abang baliklah.Yuyu nak sendiri dekat sini.Yuyu penat."Kata Yuyu kepada suaminya yang baru sahaja duduk.Yuyu sudah berbaring sambil menutupnya menghadap ke tempat lain.Sakit hatinya melihat Syahrell yang menipunya.

"Tapi abang nak jaga Yuyu.Lama abang tunggu Yuyu sedar.Abang tahu abang salah.Tolong maafkan abang."Kata Syahrell.

"Dahlah Yuyu penat."Balas Yuyu.Hatinya benar-benar sakit.

"Esok abang lawat Yuyu.Dokter cakbap lusa Yuyu dah boleh keluar."Syahrell akhirnya akur.Dia pulang meninggalkan Yuyu sendiri.Yuyu akhirnya menghamburkan air matanya yang dari tadi ditahan.

"Abang minta maaf Yuyu."Kata Syahrell dari luar wad.Bertambah rasa bersalah di hatinya apabila mendengar Yuyu menangis bila ingat dia sudah berlalu dari situ.