BAB 2:

"Hai abang handsome."Tegur Yuyu kepada Syahrell yang sedang mengangkat besen berisi
pinggan mangkuk yang kotor.Syahrell segera mempercepatkan langkahnya tapi Yuyu mengejarnya.Sesuailah tu satu pemalu satu lagi tak tahu malu.

"Sombonglah abang ni.Nama abang siapa?"Yuyu terus-terus menganggu Syahrell suka melihat lelaki itu menjadi kelam kabut apabila dia menganggunya.

"Syahrell Naufal."Syahrell menjawab juga biarpun dia malu.Terbantut niatnya untuk menganggu Syahrell apabila Pak Mat memanggil lelaki itu.Syahrell pula lega sebab dapat melepaskan diri dari Yuyu.Sungguh dia gugup untuk berhadapan dengan perempuan yang bermulut becok itu.

"Kau ni aku baru aje aku nak chop anak Mak Cik Sofia tapi kau dah potong jalan pulak."Afiqah sahabat baiknya tiba-tiba muncul.Nasib Yuyu ni bukan jenis yang melatah kalu tidak entah apalah yang jadi.

"Kau ni datang macam hantu salam tak bagi tup tup muncul."Yuyu sudah membebel.Ingatkan dia aje yang jatuh suka dekat Syahrell rupanya Afiqah pun sama.Dah nama pun handsome giller mestilah banyak yang nak.