BAB 17:

"Yuyu tinggal dekat rumah ya.Hari ni abang dah mula kerja.Kalau ada apa-apa call abang.Jangan lupa kunci pintu.Kalau ada orang tak dikenali datang jangan buka pintu."Macam-macam pesanan Syahrell.Yuyu pula takut juga sebenarnya tinggal sendiri.

Disebabkan bosan melanda Yuyu mengemas rumah.Memang patut pun kan?Kemas sana kemas sini.Habis satu rumah dikemasnya.Kini tinggal bilik Syahrell sahaja.Takut juga nak masuk tapi setahunya tak ada pula Syahrell larang dia masuk.Lagipun dia cuma nak mengemas aje.Kemas bilik lelaki tu.Katil pun dah kemas.

"Mana buluh ayam ni?"Satu rumah dia cari tapi tak jumpa.Jadi Yuyu cuba cari di atas almari dengan bantuan kerusi.Bulu ayam tak ada lain pula yang dia dapat.

"Kotak apa ni?"Yuyu membuka kotak itu.Dia cuma nak check aje.Luluh hatinya melihat isi kandungan kotak itu.

"Ini mesti kenangan dia dengan tunangnya itu.Siti Hawa.Kenapa aku nak sedih ni?Ini semua cerita lama."Tanpa sedar air matanya mengalir laju.

Di dalam tu ada gambar Syahrell dan seorang perempuan serta sebentuk cincin yang bertakhta kan berlian.Siap ada banyak surat lagi.Rasanya dah lama mereka bercinta tengok dari surat-surat itu yang sudah kekuningan warnanya.Isi surat itu tidak dibaca takut hatinya bertambah sakit.

Nampak dari kotak itu yang bersih dari sebarang habuk jelaslah yang Syahrell selalu membuka kotak itu.Sudah itu menyimpan kotak itu di tempat asalnya dengan rapi.Dia tidak mahu Syahrell tahu yang dia telah membuka kotak itu.