BAB 25:

Syahrell kini berada di perkarangan hospital.Baru aje nak masuk terjumpa Hawa.Risau sekiranya ibunya melihat Hawa.Boleh naik hantu ibunya itu jadinya.

"Hawa buat apa dekat sini?"Tanya Syahrell.Matanya melilau-lilau ke sekeliling.Kot-kotlah ada kelibat ibunya.Nasib baik tak ada.

"Hawa nak lawat Yuyu.Semua ni salah Hawa."Kata Hawa kesal.

"Jadi semua ni jadi sebab Hawa lah?"Belum sempat Syahrell menjawab,ibunya pula tiba-tiba muncul.Dia bukan tidak suka Hawa biarpun apa yang gadis itu lakukan terhadap anaknya.Cuma dia tidak suka Hawa menganggu Syahrell sekarang.Syahrell kan dah berkahwin dengan Yuyu.

"Hawa minta maaf."Takut melihat Puan Sofia ketika ini biarpun suara wanita itu tidak tinggi.

"Dah lah Hawa kamu dah kahwin dan Syahrell pun begitu.Mak cik minta kamu janganlah kacau mereka berdua.Kamu baliklah.Tak payah risaukan Yuyu.Tak lama lagi sedarlah tu."Bukan niatnya mengusir cuma tidak mahu merumitkan keadaan lagi.Hawa akhirnya berlalu pulang tanpa melawat Yuyu.

"Ingat Syahrell Hawa tu dah ada suami!Lebih baik kamu jaga Yuyu.Kamu tak kesian ka kat dia?Dia sungguh-sungguh sayangkan kamu tapi kamu pula tak pandang pun.Ibu tak peduli,ibu tak akan terima gadis lain jadi menantu ibu.Kisah kamu dan Hawa dah tamat."Sudah itu Puan Sofia masuk semula ke hospital.Kesal.Tidak jadi untuk membeli makanan.Lagipun dilihatnya Syahrell ada membeli makanan.

Betul apa yang dikatakan ibunya.Mampu ka dia untuk menunaikan permintaan ibunya itu?