BAB 44:

Syahrell dan Yuyu ketika ini sedang menonton televisyen di ruang tamu.Telefon Syahrell yang berdering menganggu fokus mereka.Syahrell mencapai telefonnya yang ada di atas meja itu untuk menjawab panggilan telefon yang diterimanya.

"Hello.Assalamualaikum ibu.Arh...!"Pelik Yuyu disebelah yang melihat Syahrell terkejut sampai begitu rupa.Yuyu segera bertanya apabila Syahrell menamatkan panggilan telefon.

"Kenapa ni abang?"Tanya Yuyu sambil mengunyah bertih jagung.

"Ibu telefon tadi bagi tahu mereka ada kat bawah.Ni ibu suruh abang ambil.Kan kawalan kat apartment ni ketat sikit.Yuyu pergi kemas barang-barang Yuyu bawa masuk bilik abang."Syahrell sudah bersiap untuk turun ke pondok pengawal.Sekarang giliran Yuyu pula yang gelabah.Banyak kot barang dia.

"Assalamualaikum ibu."Kata Yuyu sambil menyalami tangan ibu mereka.Sungguh dia rindu kepada ibunya.Lama tak balik kampung.Afiqah tak dapat ikut.Nasib sempat dia pindahkan barangnya ke bilik Syahrell.

Riuh rumah dengan kedatangan Puan Sofia dan Puan Yulia.

*****

Kekok pula Yuyu bila sebilik dengan Syahrell.Maklumlah selama ni mereka tidak tidur sebilik biarpun sudah menjadi suami isteri.Ibu mereka yang tidur dibiliknya yang dia guna sepanjang tinggal di sini.

Malam ini dia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Syahrell untuk pertama kalinya.

Sejak hari ini mereka sudah tidur sebilik biarpun tanpa kedatangan ibu mereka.Hubungannya dengan Syahrell semakin baik.