BAB 8:

"Assalamualaikum Mak Cik.Yuyu datang nak hantar lepat pisang ni."Yuyu menyalami tangan Puan Sofia.

"Waalaikumsalam.Terima kasihlah."Ucap Puan Sofia kepada Yuyu.

"Sama-sama.Maaflah mak cik Yuyu kejap je ni.Ni nak balik dah ni nak tolong ibu kat rumah.Ingat nak borak dengan mak cik tadi."Beritahu Yuyu.Dia menyalami tangan Puan Sofia lagi sebelum pulang.

"Tak apalah Yuyu.Yuyu kena sabar dengan Syahrell.Bagi dia peluang sebab Mak Cik rasa luka di hati dia belum terubat lagi."Kata Puan Sofia.Dia berharap agar Yuyu dapat mengubati luka di hati anak lelakinya itu.Terkejut Yuyu mendengar kata-kata Puan Sofia itu.Lupa pula Puan Sofia yang Yuyu tidak tahu.

"Sebenarnya Syahrell tu pernah bertunang sebelum ni tapi tunang dia minta putus sebab dia suka lelaki lain."Beritahu Puan Sofia.Yuyu biasa-biasa saja.Perkara dah berlaku.Apa yang penting sekarang ni.Dia akan berusaha untuk menawan hati Syahrell.Kan dia cakap dia tak akan lepaskan Syahrell setelah lelaki itu mencuri hatinya.Baru je nak pulang ibu dia datang dengan Syahrell.

"Pergilah Syahrell nak cakap dengan kamu.Jangan lama-lama."Kata Puan Yulia kepada anaknya sebelum dia duduk bercerita dengan Puan Sofia.Syahrell memulakan bicara bila mereka sudah berada di pondok yang ada dibawah pokok mangga itu.Tepi rumah Syahrell aje.

"Tadi saya jumpa ibu awak.Saya dah bincang yang saya akan pinang awak balik.Bagi saya masa untuk terima awak."Tadi dia dari ruamah Puan Yulia.Kenapalah dia tak boleh buat macam Yuyu.Rilek saja gadis itu memandangnya sedangkan dia tidak boleh untuk menatap wajah itu mesti dia akan mengalihkan mukanya memandang tempat lain.Jantungnya sentiasa berdegup laju bila berhadapan dengan gadis ini.Macam tiada gas oksigen disekelilingnya untuk disedut.

"Saya akan berusaha untuk tawan hati awak tapi awak pun mestilah bagi peluang dekat saya.Yang sudah berlalu itu biarlah berlalu."Yuyu pasti akan berusaha.Dari kata-kata Yuyu dia sudah tahu gadis itu sudah tahu yang dia pernah bertunang sebelum ini.Mesti ibunya yang beritahu Yuyu.