BAB 4:

Niatnya untuk ke kedai dibatalkan apabila melihat Syahrell sedang memancing di sungai bersama-sama budak kampung.

"Hai Abang Rell."Tegur Yuyu kepada Syahrell sebaik sampai.

"Nak apa?"Tanya Syahrell.Terkejut dengan kehadiran Yuyu di situ.

"Abang Yuyu suka abang."Soalan Syahrell tidak di jawab lain pula yang Yuyu katakan.Syahrell sudah tidak senang duduk.Selamba sahaja Yuyu berkata.

"Kakak dan abang bercinta ye."Rafi anak Mak Jah berkata.Mulut budak ni boleh tahan jugak.Kecik-kecik dah tahu pasal cinta.

"Kompang di palu...Pengantin baru...Duduk bersanding tersipu malu..."Sejurus itu semua budak-budak yang ada di situ menepuk tangan mereka sambil menyanyi.Kena suport jo.

Di rumab ibu Yuyu dah membebel sebab Yuyu pulang tanpa membawa sepeket gula yang dipesan.Boleh pula dia tersenyum-senyum semasa ibunya sedang membebel.Ini semua sebab teringat kejadian di sungai tadi.