BAB 39:

Dari jauh Yuyu melihat Hazzel dengan seorang lelaki yang berkaca mata hitam.Handsome.Kalau Afiqah tengok memang akan angau.Tapi baginya tidak kerana Syahrelllah yang paling sempurna di matanya.Hazzel menarik tangan lelaki itu ke arah Yuyu.

"Papa cepatlah."Kata budak comel itu kepada lelaki yang bersamanya.

"Owh papa Hazzel."Kata Yuyu sebaik mendengar kata-kata budak comel itu.

"Assalamualaikum cikgu.Ini papa Hazzel.Papa inilah cikgu yang tolong selamatkan patung Hazzel."Kata Hazzel lalu menyalami tangan Yuyu.

"Waalaikumsalam Hazzel."Jawab Yuyu sambil memberikan senyuman kepada dua orang insan yang ada di depanya ketika itu.

"Assalamualaikum cikgu saya Ikmal Izhar,papa Hazzel.Terima kasih sebab tolong anak saya hari tu."Kata lelaki itu mesra.

"Waalaikumsalam.Kebetulan saya ada di situ jadi saya tolonglah."Kata Yuyu pula.

"Papa Hazzel nak pergi main dengan kawan-kawan Hazzel.Papa dan cikgu berceritalah dulu."Kata Hazzel sebelum berlalu.Ikmal memerhati anaknya itu dengan penuh kegembiraan.

"Terima kasihlah cikgu sebab jadikan anak saya seceria ini.Saya yakin cikgu pun mesti tahu macam mana keadaan anak saya sebelum ni kan tapi sekarang dia dah pandai bergaul dengan rakan-rakan dia."Ucap Ikmal.Sebab itulah mereka sedikit terkejut tadi melihat Hazzel.

"Saya tolong setakat yang boleh sahaja Encik Ikmal.Sebenarnya saya pun baru je rapat dengan Hazzel.Errr...boleh saya tanya kenapa Hazzel jadi macam tu?"Takut juga Yuyu bertanya sebenarnya.Lama Ikmal diam sebelum menjawab pertanyaan Yuyu.

"Sebenarnya Hazzel bukan macam tu dulu tapi semenjak mama dia dan saya selalu ada masalah dan akhirnya tak tinggal serumah Hazzel jadi macam tu.Lagi-lagi Hazzel rapat dengan mama dia sebab itu dia berubah jadi macam tu.Tak payalah cikgu panggil Encik panggil Ikmal je."Kata Ikmal.Matanya fokus memandang Hazzel yang sedang ceria bermain.Tahulah Yuyu sebabnya.

"Cikgu saya minta diri dulu ada urusan kerja.Tolong tengokkan anak saya.Boleh saya minta nombor cikgu kalau ada apa-apa senang sikit."Kata Ikmal sebelum berlalu.

"Boleh aje."Yuyu menyerahkan nombor telefonnya kepada Ikmal.Gembira sungguh dia hari ni sebab dapat menolong Hazzel dari terus bersendirian.

*****

Waktu pulang macam biasa Ikmal akan mengambil anaknya di sekolah.

"Papa kenapa lama sangat?"Tanya Hazzel sebaik melihat Ikmal yang keluar dari perut kereta.Ikmal tersenyum memandang anaknya itu.Dia terlalu sibuk sehingga tidak banyak masa yang dapat diluangkan bersama satu-satunya anaknya itu.Dia sudah memaklumkan kedatangannya yang lewat kepada Yuyu melalui whatsapp.

"Maaf sayang papa ada kerja tadi sebab tu lewat.Terima kasihlah cikgu temankan anak saya.Tak pasal-pasal cikgu kena tunggu lama."Kata Ikmal kesal.Tinggal 3 orang kanak-kanak sahaja yang ada di situ termasuk Hazzel semasa dia sampai sebab yang lain sudah pulang.

"Tak apalah.Lagipun suami saya..."Belum habis Yuyu menghabiskan kata-katanya telefonnya berbunyi.Dia segera menjawab panggilan itu.Ikmal dan Hazzel hahya memerhati.

"Owh tak apalah Yuyu boleh balik sendiri.Abang janganlah risau Yuyu faham abang sibuk...Waalaikumsalam."Kata Yuyu kepada Syahrell yang berada dalam talian.Wajahnya cuba dimaniskan memandangkan bukan dia sendiri sahaja ada di situ.Syahrell semakin sibuk sejak akhir-akhir ini.

"Maaflah saya dengar perbualan cikgu tadi.Suami cikgu tak dapat ambil cikgukan jadi biarlah saya hantar cikgu."Pelawa Ikmal.Baru sahaja Hazzel nak rasa gembira tapi Yuyu menolak ajakan Ikmal itu.

"Terima kasih sajalah Ikmal saya kena teman 2 orang budak yang belum diambil lagi.Takkan nak tinggalkan mereka pula."Kata Yuyu.Ikmal akhirnya akur.Dia pulang bersama Hazzel meninggalakan Yuyu.

"Papa kenapa suami cikgu jarang ambil cikgu?Dia tak sayang dekat cikgu ke?"Tanya Hazzel sebaik masuk ke dalam kereta.

"Mana ada macam tu.Dia pun sama macam papa sibuk."Kata Ikmal.