BAB 12:

Usai solat subuh berjemaah,Yuyu tidak sambung tidur lagi.Kalau tak mak dia akan membebel.Katanya nanti rezeki tak masuk.Kan dah jadi isteri orang kenalah bangun awal,masak.

"Mak Yuyu nak jumpa Afiqah kejap lagi.Boleh tak?"Tanya Yuyu usai menyendukkan nasi goreng kampung yang dia masak ke pinggan ibunya dan Syahrell.

"Kenapa tanya ibu.Tanyalah suami kamu."Sudah itu Puan Yulia sambung makan.Yuyu pula menggaru kepalanya yang tidak gatal kemudian memandang Syahrell yang sedang menghirup air kopi.

"Boleh tak?"Tanya Yuyu sambil mengangkat-angkat keningnya.Tersenyum Syahrell di buatnya.

"Dui jangan senyum macam tu melting beta."Monolog Yuyu.Sempat lagi kan berangan.

"Pergilah tapi balik awal ada perkara nak bincang nanti."Syahrell kembali serius.Berdebar juga Yuyu.Dah Syahrell buat muka macam tu,rasa macam tak jadi nak jalan pulak.Tapi apa boleh buat dia ada misi penting nak buat dengan
Afiqah hari ni.Sudah,apalah misi penting tu?

*****

"Wei dia masih tak boleh terima aku.Semalam di tidur kat lantai."Yuyu melentokkan kepalanya di bahu Afiqah.Buat muka kesian.Sekarang mereka tengah duduk di pondok dekat air terjun.

"Sia-sia ajelah kau pakai baju dalam baru yang kita beli,semalam."Kan dah kena piat telinga oleh Yuyu.Lain pula yang Afiqah pergi fikir.Digosok-gosok telinganya yang kena piat.Pedis wei.

"Tak apa banyak lagi kita boleh buat.Hari ni aku nak ajar cara memikat suami.Tips aku sendiri bukan minta bantuan Miss.Google."Bangga Afiqah berkata.Ceh macam aje dia dah kahwin.Boleh pakai ke idea dia tu?Yuyu pula sudah mengeluarkan buku catatan.

Sejam lebih juga mereka mesyuarat.Sudah tu Yuyu pulang ke rumah.Kan Syahrell dah pesan balik awal.Apalah perkara yang nak di bincang tu.Tak sabar nak guna tips yang Afiqah berikan.Sempat lagi.