BAB 23:

Syahrell tidak senang duduk kejap duduk kejap bediri menunggu sahabatnya,Doktor Hadi yang merawat Yuyu.Sudah 1 jam dia menunggu.

"Abang duduklah dulu.Insyahallah tak ada perkara buruk yang berlaku.Lebih baik abang bagi tahu ibu hal ni."Cadang Hawa.Baru Syahrell teringat nak telefon ibunya untuk memaklumkan hal ini.

"Hawa baliklah dulu.Nanti kalau ada apa-apa abang maklumkan."Tak payah nak bagi nombor telefon pun sebab dia tak pernah tukar nombor telefon sebab dia harap satu hari nanti Hawa akan menelefonnya.Hawa pun sedia maklum.5 minit selepas Hawa pulang Dokter Hadi keluar.

"Hadi isteri aku macam mana?Dia okey kan?"Kalut sangat.Sungguh dia takut sekarang ni.

"Keadaan dia sekarang stabil.Cuma dia kehilangan banyak darah.Sekarang aku perlukan seseorang untuk mendermakan darah untuk Yuyu.Cuma...Sekarang ni dia koma."Beritahu Hadi.Terkejut menerima berita itu.Syahrell melawat Yuyu sekejap sebelum dia mengikut Hadi untuk melakukan pemeriksaan darah.Usai itu dia kembali semula ke bilik Yuyu.Harap dia boleh menderma darah untuk Yuyu.Ikutkan hati dia nak teman kan Yuyu sahaja.Luluh melihat Yuyu yang hanya mampu terbaring dengan mata tertutup.

*****

Hadi masuk ke bilik Syahrell untuk memaklumkan berita baik kepada lelaki itu.Kesian melihat Syahrell yang nampak begitu sedih.

"Syahrell.Berita baik darah kau sesuai dengan Yuyu.Sabarlah bro nanti dia akan sedar juga tu.Aku keluar dulu."Kata Hadi sebelum meminta diri.Tidak mahu menganggu Syahrell.

"Yuyu cepatlah sedar.Abang dah rindu Yuyu ni.Abang minta maaf sangat-sangat."Tangan Yuyu digenggam sebelum dikucupnya.

Syahrell pulang ke rumah untuk memindahkan barang Yuyu ke biliknya memandangkan ibu mereka akan sampai petang ni.Nasib barang Yuyu belum dikemas semua. Senang sikit dia nak alih.Pak Mat yang akan hantar mereka.Dia nak ambik tapi tak sanggup untuk berpisah dengan Yuyu.Entah apa jawapan yang dia boleh berikan bila disoal nanti.