BAB 14:

Seriau juga Yuyu sekarang ni.Suaminya,ibunyanya serta ibu mertuanya kini berwajah serius.Dia aje yang buat muka blur sekarang ni sebab tak tahu ap-apa.Sekarang ni mereka tengah ada perjumpaan tergempar di ruang tamu Puan Yulia.

"Macam yang ibu tahu Rell ada bagi tahu yang Rell nak bawa Yuyu balik ke rumah Rell kat Kuala Lumpur.Jadi Rell rasa lusa Rell dah nak bawa Yuyu pindah."Beritahu Syahrell.Yuyu pula dah terlopong.Nasib tak masuk lalat kat dalam mulut tu.Tahu lah terkejut tapi tutup lah mulut tu.

"Ibu ni tak kesah Rell nak bawa anak ibu pindah.Dia kan isteri Rell.Ibu okey je kat sini lagi pun ada Ibu Rell juga.Kan Sofia?"Puan Sofia mengangguk mengiyakan kata-kata Puan Yulia itu.Nampaknya ibu mereka berdua dah setujuh tinggal Yuyu aje lagi ni.

"Yang penting Rell kena lah balik sini bawa Yuyu kalau cuti.Ibu dah biasa tinggal berjauhan dengan kamu tapi ibu mertua kamu ni tak biasa berpisah dengan isteti kamu ni."Betullah apa yang dikatakan Puan Sofia itu.

"Yuyu tak biasalah berpisah dengan ibu.Lagipun kerja Yuyu macam mana?Afiqah lagi."Afiqah pun tersenarai.BBF kot,sejak kecil tu.Itulah teman dia nak bergila.Lol.

"Abang mampu nak sarah Yuyu.Jangan risaulah kalau cuti kita balik lah sini jumpa ibu.Lagi pun abang nak kita mula hidup baru di sana.Terang Syahrell.Asal kat sini tak boleh bahagia ka?Adui orang baru aje jadi dokter tak kan nak berhenti pula sebab nak tinggal di kampung terus.Yuyu akhirnya akur.Syurga seorang isterikan di bawah telapak kaki suami.

"Selamat tinggal Afiqah.Selamat tinggal kerja ku,sebagai seorang cikgu tadika dan selamat tinggal kampung ku,tempat di mana aku lahir."Ceh awal lagi kot nak bersedih.Macam aje dah tak balik sini lagi.Yuyu nak bagi tahu Afiqah lagi.Adui memang berdrama lah mereka berdua nanti.Takut aje banjir kampung tu mereka dua kerja kan.