BAB 9:

"Abin finally dia terima jugak.Horray!!!"Beritahu Yuyu kepada patung burung hantunya.Nasib tak patah katil itu dia buat trampolin.Lepas tu siap guling-guling atas katil macam stim roll nak ratakan tanah.Teriak sana teriak sini.Serius angau tahap gaban.

"Yuyu Mardiha kamu dah kenapa?Teriak-teriak kat dalam bilik tu macam beruk mak yerh?"Risau Puan Yulia di buatnya.Habis pintu bilik Yuyu diketuk bertubi-tubi.Nasib tak tercabut.Terus Yuyu senyap macam tengah berada di dalam perpustakaan.Soalan ibunya tidak dijawab.Puan Yulia malas nak layan terus jalan ke dapur.

Hari ni Yuyu dan Syahrell termasuk ibu mereka nak ke bandar nak beli barang kahwin mereka sebab majlis ni akan berlangsung sebulan lagi.Get readylah katakan.Afiqah turut ikut serta.Macam-macam baju yang Yuyu cuba di butik itu yang jadi mangsa Syahrell yang terpaksa melayan karenah Yuyu.Sesuailah tu lagi-lagi bergabung dengan Afiqah makin pening kepala Syahrell.Kenalah sambut dengan meriah mereka dua kan anak tunggal.

"Mempersilakan pengantin kita Yuyu Mardihaaa.!Sila berikan tepukan gemuruh."Macam pengacara majlis Afiqah bila berkata macam tu.Yuyu keluar sambil memakai kebaya merah.Apa dia ingat ini pertandingan ratu kebaya ke apa ni.Syahrell turut tepuk tangan bila Afiqah paksa dia.Dalam diam dia mengukir senyuman.Mampukah dia memulakan cerita baru dengan Yuyu?Apa pun dia akan cuba.Berjam-jam masa yang dihabiskan untuk membeli baju.Sabar ajelah.

"Abang Rell pergilah teman mak cik Sofia dan mak cik Aulia beli barang.Kami ada hal kejap."Selambah saja Afiqah mengusir Syahrell.Yuyu mana nak pisah dengan Syahrell tapi apakan daya apabila Afiqah sudah mengheretnya.Sedih betul macam aje lepas ni dia tak jumpa dengan Syahrell.Entah ke mana saja Afiqah nak ajak dia pergi ni.

"Wei siot kau dah kenapa?"Marah Yuyu kepada Afiqah apabila sahabat baiknya itu mengajak dia membeli pakaian dalam baru.Selamba saja Afiqah mengangkat baju dalam yang bewarnah merah itu paras dada Yuyu,tidak dipeduliakn Yuyu yang sedang membebel macam mak nenek.

"Ish kau ni kan nak kahwin.Tak kan nak pakai yang lama masa malam pertama."Adui Afiqah ni macam aje dia tu dah kahwin.Boyfriend pun tak ada sibuk cakap pasal kahwin.Yuyu berfikir sejenak.

"Iya juga kan."Sama sahaja mereka berdua ni.Sibuk terus dengan urusan mereka.Sesuai sangat mereka berdua ni bila berjumpa.