BAB 30:

Sebaik Sahaja Syahrell sampai Hawa sudah berada di situ.Siap oderkan makanan sekali.Hawa tahu semua makanan fav Syahrell di sini lagipun memang selalu makan di sini dulu.

"Sorry lambat."Kata Syahrell sebaik tiba.Dia nak bincang dengan Hawa pasal hal kelmarin.Hawa pula tidak tahu yang Syahrell tahu ini semua.Sekarang dia tersenyum gembira kerana Syahrell mengajaknya bertemu.

"Tak apa.Hawa pun baru je sampai."Beritahu Hawa.

"Abang ada benda nak bincang dengan Hawa ni.Sebab tu abang ajak jumpa hari ni."Beritahu Syahrell pula.

"Kita bincang lepas makan okey.Hawa dah oder makanan nanti sejuk tak sedap pula.Ni senua makanan fav abang."Pujuk Hawa.Kotlah lepas bincang Syahrell terus pulang.Syahrell akhirnya mengalah.

*****

Mereka sudah selesai makanan.Pelayan restoran itu pun sudah mengemaskan pingan mangkuk yeng mereka guna tadi.Tinggal minuman sahaja yang ada di atas meja.

"Abang nak tanya apa tadi?"Tanya Hawa sebaik menyedut sedikit fresh orangenya.

"Apa yang Hawa cakap dekat Yuyu kelmarin?Hawa tahu kan Yuyu tu sakit.Hawa tak kesian ka dekat abang?"Berubah kelat wajah Hawa mendengarnya.

"Apa yang perempuan tu mengadu dekat abang.Mesti dia buruk-burukkan Hawa kan?"Nada suaranya cuba di kawal.Ramai kot orang kat dalam restoran tu takkan dia nak bertukar jadi incerible hulk di situ.

"Bukan dia beritahu abang tapi jururawat dekat situ.Yuyu bukan gadis macam tu dia baik."Tidak suka Hawa berbicara sebegitu.

"Mana ada Hawa cuma bagi tahu dia perkara yang betul aje.Dah lah malas Hawa kalau abang nak jumpa sebab nak cakap macam ni ja dekat Hawa."Hawa sudah meminta diri untuk pulang.

"Tolong jangan buat macam tu lagi kalau Hawa kesian kan abang."Kata Syahrell kepada Hawa sebelum gadis itu berlalu.Hawa berlalu dengan perasaan geram.Biarpun sudah diberitahu jururawat yang cerita itu tapi dia tetap menyalahkan Yuyu.Syahrell tidak ke hospital sebaliknya dia pulang ke rumah.