BAB 21:

"Subahanallah cantiknya pemandangan dari menara KLCC ni."Terpegun Yuyu.Firts time dia datang sini.Banyak tempat mereka pergi.Banyak juga baju yang Syahrell belikan.Yuyu dah tolak tapi suaminya itu nak beli juga.Usai itu mereka makan di restoran yang berhampiran.Sekarang ni dah nak masuk waktu petang.

"Abang oderlah.Yuyu tak tahu nak pesan apa."Kata Yuyu.Dah lah nama pelik-pelik lepas tu harga pun terangkat tapi makanan Halal lah.Segan juga dia.

"Abang kenapa?"Soal Yuyu apabila dilihatnya Syahrell seperti tidak senang duduk.Syahrell menggelengkan kepala tanda tiada apa-apa.Tapi Yuyu masih rasa tak sedap hati.Lain betul wajah Syahrell itu tapi malas nak tanya.Dah Syahrell kata tiada apa-apa.

"Abang nak ke tandas kejap.Yuyu tunggu sini kejap.Nanti waiter hantar makanan."Syahrell segera berlalu.Pelik melihat lelaki itu.Takut juga nak tunggu sendiri.Tak kan dia nak ikut Syahrell pergi tandas pula.

*****

"Abang Rell tunggu dulu,Hawa nak cakap."Hawa mencapai lengan Syahrell yang ingin berlalu.Patutlah tak senang duduk rupanya Syahrell nampak Hawa tadi.Dia tidak mahu Yuyu tahu kehadiran Hawa.Dia yakin Yuyu kenal Hawa memandangkan Yuyu sudah melihat isi jandungan kotak yang disimpannya.Dalam tu ada album dia dan Siti Hawa kot.

"Hawa nak apa?"Kata Syahrell.Sungguh dia rindu gadis dihadapannya ini ketika itu tapi mengenangkan statusnya dan Siti Hawa yang sudah berkahwin menghalangnya untuk berasa teruja.Last dia jumpa Hawa masa mereka putus tunang 2 tahun lalu.

"Hawa tahu abang masih sayangkan Hawa.Hawa menyesal kahwin dengan lelaki itu sebab Hawa tak rasa bahagia sebagaimana Hawa bahagia bila abang ada bersama Hawa."Puas dia merayu.

"Sudahlah Hawa abang dah penat.Jangan kacau abang lagi."Susah dia nak berkata macam tu memandangkan dia masih sayangkan Hawa.Macam mana dengan Yuyu?Sia-sia sahaja pengorbanan gadis itu selama ini.