BAB 7:

"Mak tolonglah Yuyu kali ni.Yuyu yakin dengan apa yang Yuyu buat."Yuyu berusaha untuk memujuk ibunya.Biarlah orang berkata dia ni gedik.Bukannya salah apa yang dia buat ni.Dia cuma mahu Halalkan sesebuah perhubungan.Sejak pulang dari masjid hari tu hingga kini Yuyu tidak berhenti memujuk.

Sebab itulah akhirnya hari ini ibunya datang ke rumah ibu Syahrell untuk meminang lelaki itu.Betulkah apa yang dia buat ni?Entah apa sahaja permintaan satu-satunya anaknya itu.

"Assalamualaikum Sofia.Biarlah saya selaku Pak Long Yuyu yang memberitahu tujuan kedatangan kami ni.Yuyu ni nak pinang Syahrell jadi suami dia."Beritahu Pak Long Yuyu kepada ibu Syahrell.Terkejut juga Puan Sofia tapi dia tahu juga perempuan pun boleh pinang lelaki.Apa salahnya Yuyu Mardiha jadi menantunya.Yuyu tu anak sahabat baiknya.Dahlah cantik baik pula tu.Lepas tu hormat orang lagi.

"Bila perempuan pinang lelaki,lelaki tu wajib terima.Terutamanya bila tiada sebab-sebab yang menghalang untuk lelaki itu menolak.Tapi sebelum tu biarlah saya beritahu Syehrell dulu hal ni."Terang Puan Sofia.Entah macam manalah dia nak pujuk anak lelakinya itu.Apa pun Sofia yakin anaknya akan reda sebab dia juga tahu yang lelaki wajib terima bila perempuan yang meminang lelaki.

"Apa semua ni ibu?"Syehrell terkejut bila ibunya beritahu kedatangan keluarga Yuyu ke rumahnya semasa ketiadaannya di rumah.Yuyu memang berani.Apa pun dia memang wajib terima pinangan itu.

"Syahrell masih belum sedia ibu.Bagi Syahrell masa sebelum perkara ni diteruskan.Hati Syahrell masih terluka."Syahrell bukan menolak dia cuma meminta masa sebelum perkara ini diteruskan.Dah memang dia kena terima mana boleh tolak.

"Syahrell yang berlalu tu biarlah berlalu.Bagi peluang dekat Yuyu.Dia bersungguh-sungguh untuk dapatkan kamu.Jarang jumpa perempuan yang berani nak pinang lelaki zaman sekarang ni.Nampak sangat kesungguhan dia tu.Lagipun dia tu baik cantik pula tu.Aurat pun dijaga."Pujuk Puan Sofia.Syahrell hanya mampu tunduk menekur lantai mendengar kata-kata ibunya itu. Sediakah dia menjadi seorang suami?Bolehkah dia memupuk perasaan cinta untuk Yuyu?Mampukah dia melupakan kisah lalu yang membuatkan dia masih membujang sehingga kini.