BAB 32:

Seperti yang Yuyu mahu Syahrell membawanya ke kampung.Keadaan masih sama antara mereka berdua.Yuyu melayannya acuh tak acuh sahaja.

"Sampai bila Yuyu nak marah abang macam ni?Mesti ibu akan risau kalau kita terus macam ni?"Syahrell memulakan berbicara setelah lama mereka senyap.Nak harapkan Yuyu,alamat sampai bila-bila mereka tidak akan berbicara.

"Abang jangan risaulah Yuyu tak akan bagi tahu apa-apa kepada ibu tentang perangai abang."Matanya masih memandang cermin kereta menikmati pandangan di luar.Sungguh kata-kata isterinya itu menyinggung perasaannya.Tapi dia sedar yang Yuyu memang patut melayannya sebegitu setelah apa yang gadis itu lakukan untuk memikatnya.Mesti Yuyu sudah penat.Kini gilirannya itu memikat hati Yuyu semula.

Setelah beberapa jam memandu akhirnya mereka sampai ke rumah ibu Yuyu.Puan Sofia turut ada di situ apabila mengetahui kedatangan Syahrell dan Yuyu.Afiqah tak payah cakap mestilah ada.

"Assalamualaikum ibu."Ucap Syahrell sambil menyalami tangan ibu mereka.Begitu juga dengan Yuyu.Tidak seperti tadi Yuyu kelihatan begitu ceria.

"Waalaikumsalam.Jom naik ibu dah sedia macam-macam makanan kesukaan Yuyu dan Syahrell."Ajak Puan Yulia.Puan Sofea dan Afiqah pula lega apabila melihat keadaan Yuyu yang ceria.Mereka sahaja yang tahu apa yang berlaku kecuali Puan Yulia.Syahrell kini mengangkat beg pakaian mereka ke bilik.

"Abang nak tambah nasi lagi ka?"Tanya Yuyu kepada Syahrell.Yuyu betul-betul melayannya seperti tiada apa-apa yang berlaku antara mereka berdua.Mesti sebab Yuyu tidak mahu ibunya mencurigai apa-apa kepada mereka.

"Bolehlah."Kata Syahrell sambil menyerahkan pinggannya kepada Yuyu.Usai makan Yuyu berehat di dalam bilik manakala ibu mereka dan Syahrell pula berada di belakang rumah memetik rambutan yang sudah matang di pokok.

"Kau dah ok ka dengan abang Rell?"Tanya Afiqah sebaik masuk ke dalam bilik Yuyu.Sungguh dia risau akan keadaan Yuyu.Biarpun dilihatnya Yuyu kelihatan ceria,dia tahu jauh di sudut hati sahabatnya itu pasti sedih kerana Syahrell masih menyayangi Hawa.

"Biar apa pun aku buat untuk dia,dia akan tetap menyayangi Hawa.Apa yang patut aku buat sekarang ni Afiqah?"Dia sudah penat untuk menangis.

"Ini ka Yuyu yang aku kenal?Setahu aku Yuyu yang aku kenal seorang yang tidak mudah berputus asa.Lupakan apa yang dah berlaku.Maafkan abang Rell dan mulakan hidup baru.Aku yakin dia pun pasti menyesal sebab lukakan perasaan kau."Pujuk Afiqah.Dia tidak mahu melihat rumah tangga sahabatnya itu musnah begitu sahaja.

"Biar aku cuba."Kata Yuyu sambil memeluk Afiqah.Dalam hati dia berazam untuk memastikan rumah tangganya akan bahagia seperti yang dia inginkan.Semua yang dikatakan Afiqah itu betul.