BAB 48:

Syahrell tibe di hotel tempat Yuyu menginap.Dia segera ke pantai apabila dimaklumkan pihak hotel isterinya berada di sana.Senang sikit nak runding dengan pihak hotel sebab Yuyu tu isterinya.Yuyu ketika itu leka menikmati mangga yang masak ranum sambil memegang perutnya yang sudah sedikit kelihatan.

"Hai sayang."Kata Syahrell sebaik tiba.Lagaknya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku antara mereka.Yuyu pula terkejut dengan kehadiran Syahrell.Ni tak lain tak bukan mesti kerja Afiqah.Takkanlah Syahrell ni ahli nujum pulakkan.

"Buat apa kat sini?"Terbantut niatnya untuk menikmati mangga yang lazat itu.Hatinya kembali sakit bila teringat Syahrell berjumpa dengan Hawa.Hatinya tiba-tiba terasa sebak.Tidak dapat dikawal perasaan sedihnya ketika itu.

"Abang cari sayanglah.Abang minta maaf.Abang janji lepas ni abang sayang Yuyu sorang je.Abang dah tak ada perasaan dekat Hawa.Dia tu isteri orang.Isteri Ikmal."Jelas Syahrell.Baru dia sedar bertapa sayangnya dia kepada Yuyu.Menyesal kerana buat gadis itu berputus asa untuk memiliki hatinya.

"Hawa ibu Hazzel?"Terkejut Yuyu.Bila dengar kata-kata Syahrell itu membuatkan hatinya berbunga-bunga.Entahlah kenapa perasaannya sejak akhir-akhir ni.Mungkin sebab dia mengandung.Sensetif yang teramat sangat.

"Sayang mengandungkan.Sampai hati tak bagi tahu abang."Kata Syahrell ala-ala merajuk.Harap Yuyu tidak marahkannya lagi.Yuyu yang dia kenal seorang yang pemaaf.

"mana ada Yuyu mengandung."Kata Yuyu pula.Sedikit perasaan geram tu masih ada lagi.

"Habis perut tu."Syahrell menunjukkan jari telunjuknya ke arah perut Yuyu.

"Yuyu banyak makan tulah jadi macam ni."Dalih Yuyu.Syahrell pula sudah menahan gelak.Akhirnya mereka berdua gelak bersama Lama juga mereka menginap di situ untuk meluangkan masa bersama sebelum mereka pulang.Ibu mereka pun sudah di maklumkan tentang Yuyu yang mengandung sekarang ni Semua teruja.