BAB 40:

Yuyu kini sedang duduk menonton televisyen manakala Syahrell baru sahaja selesai solat menghala ke ruang tamu.

"Abang jom pergi tengok wayang esok."Ajak Yuyu sebaik melihat iklan yang ditayangkan di televisyen mengenai tayangan baru yang ada di pawagam sekarang.Teruja sangat sampai matanya tidak lari dari memandang iklan itu semasa bercakap dengan Syahrell.Tergelak Syahrell dibuatnya tapi senyumannya itu tiba-tiba sahaja hilang sebaik teringat janjinya untuk berjumpa dengan Hawa esok.Sejak akhir-akhir ini dia kerap berjumpa Hawa tanpa pengetahuan Yuyu sehingga tiada masa untuk diluangkan bersama Yuyu.

"Sorry sayang esok abang ada pesakit yang perlu melakukan pembedahan penting.Kita tengok lain kali ya.Tak pun Yuyu pergi ke dengan kawan Yuyu.Abang izinkan."Kata Syahrell.Yuyu sedikit hampa.Kalau nak pergi dengan kawan siaplah yang dia nak ajak.

"Abang ingat tau esok."-Hawa

"Ye abang ingat.Hawa nak jumpa abangkan.?"-Syahrell

Depan-depan Yuyu dia balas mesej perempuan yang tak boleh terima hakikat tu.Yuyu pulak langsung tak rasa curiga.Dia percayakan Syahrell.Yuyu membuka apps whatsapp apabila satu pesanan masuk dari Ikmal.

"Sorry ganggu cikgu.Esokkan cuti boleh tak cikgu join saya dengan Hazzel tengok wayang?Dia suruh saya ajak cikgu.Saya harap sangat cikgu ikut supaya boleh bantu saya pujuk Hazzel yang merajuk sebab saya tak balik makan tengah hari di rumah tadi.-Ikmal

"Kebetulan saya pun nak tengok wayang.Suami saya pun bagi keizinan.Kita jumpa di panggung wayang k."-Yuyu

"Abang Yuyu jadi tau esok pergi tengok wayang.Yuyu pergi dengan..."Belum sempat Yuyu habis cakap Syahrell memotong percakapannya.

"Ya pergilah."Kata Syahrell sambil matanya fokus memandang telefon.

"Sibuk betul suami aku ni."Ujar Yuyu di dalam hati.Apa pun dia happy sebab ada kawan untuk tengok wayang esok.