BAB 6:

Syahrell kini dalam perjalanan keluar dari masjid.Ramai orang sudah beransur pulang kecuali beberapa orang sahaja.Dia terpandang ke sebelah sana apabila perasaan seseorang sedang memerhatikannya.

"Kenapa dia pandang aku macam tu?"Monolog Syahrell apabila melihat Yuyu memandangannya sambil tersenyum dengan senyuman yang sukar untuk diterjemahkan maksudnya.Sesudah itu gadis itu berlalu pergi.Meskipun begitu Syahrell masih berasa gelisa.

"Abin tadikan aku dengar ceramah ustaz tentang perkahwinan.Ustaz kata perempuan boleh pinang lelaki.Aku nak pinang Abang Syahrell."Sesampai sahaja ke rumah laju Yuyu menapak ke bilik tidurnya sambil tersenyum riang.Kini dia sedang berbicara dengan patung burung hantunya yang digelar "IBIN".Macam orang dia buat patung tu.

Keesokan harinya Yuyu berjumpa dengan ibunya untuk menyampaikan hasratnya itu.Nekad betul orang ni.Entah macam manalah reaksi ibu dia nanti.

"Ibu Yuyu...Yuyu nak..."Ragu-ragu berbicara dengan Ibunya yang sedang menonton televisyen.

"Kamu nak apa.Boleh tak jangan kacau ibu nak tengok drama ni.Baik kamu pergi lipat baju yang dalam bakul tu."Mulut Puan Yulia berbicara tapi matanya fokus memandang televisyen.

"Ibu dengarlah dulu Yuyu nak cakap ni."Beritahu Yuyu kepada ibunya yang masih fokus menonton.

"Cakap ajelah ibu dengar.Kacau betullah kamu ni."Pelik melihat Yuyu yang tersekat-sekat bila berbicara.

"Yuyu nak pinang Abang Rell.Ya Yuyu nak Abang Rell jadi suami Yuyu.Yuyu suka dia.Ustaz kata perempuan pun boleh pinang lelaki."Beritahu Yuyu.Lega kerana dia sudah memberitahu hasratnya.Nasib tidak terjatuh alat kawalan yang dipegang oleh ibunya gara-gara mendengar kata-kata Yuyu itu.Terkejut dei.

"Kamu giller ke apa Yuyu.Syahrell tu tua dari kamu.Dah kamu jangan nak merepek pi lipat baju sana sebelum kamu yang ibu lipat kat sini."Apalah yang jadi kat anak dia ni.

"Ibu ni orang tak main-mainla.Umur Yuyu 21 tahun beza 10 tahun je pun dengan Abang Rell.Cintakan tak kenal usia."Beritahu Yuyu tak puas hati.Sejak hari itu Yuyu tidak berhenti-henti memujuk ibunya.Puan Yulia pun tak tahu nak buat apa sekarang ni.Kalau Syahrell yang pinang Yuyu tak apa ini Yuyu yang nak pinang Syahrell.Memanglah boleh tapi jarang sekali dibuat orang zaman sekarang ni.