BAB 42:

Sebaik sampai Yuyu melihat Syahrell yang sedang berdiri di koridor rumah menikmati pemandangan.Seperti yang dia janji pukul 3 petang dia balik ke rumah.

"Assalamualaikum abang."Kata Yuyu sebaik tiba.Dia meletakkan sedikit barang yang dibelinya tadi di atas meja.

"Waalaikumsalam."Kata Syahrell.Pelik melihat Syahrell yang memandangnya semacam.Lelaki itu terus mengekorinya ke meja.

"Abang dah makan.Kalau belum kejap lagi Yuyu masak."Kata Yuyu sambil menanggalkan tudung yang dipakainya.

"Yuyu keluar dengan siapa tadi?Lelaki ke perempuan?"Lain ditanya lain yang Syahrell jawab.Pelik Yuyu dibuatnya.Cemburukah suaminya itu?Syahrell tidak marah tapi dia macam gelabah sikit.Kalau betullah Syahrell cemburu dia syukur sangat sebab itu tandanya Syahrell ambil berat tentang dia tapi dalam masa yang sama dia rasa bersalah nak bagi tahu yang dia keluar dengan lelaki.Semalam dia nak bagi tahu tapi Syahrell yang memotong percakapannya.

"Err...kelmarin Yuyu nak bagi tahu tapi abang terus potong pula.Err...Yuyu keluar dengan Ikmal,papa kepada budak comel yang Yuyu ajar tu.Hazzel pun ada."Beritahu Yuyu jujur.Ya Syahrell ingat dia sendiri yang buat macam tu.Tapi rasa cemburu tu masih ada.

"Lain kali kalau nak keluar dengan lelaki bawa kawan perempuan sekali.Memang Hazzel ada tapi dia kan budak kecil.Nanti ada apa-apa susah.Kalau Yuyu nak pergi mana-mana nanti kita pergi bersama.Comel budak Hazzel tu."Dalam hati dia kalau boleh langsung tak nak Yuyu keluar dengan lelaki lain selain dia.Ikhlas pujian untuk Hazzel tu.Budak tu memang comel patut isterinya itu selalu puji.

"Baik abang.Sorry tau.Abang jangan marah Yuyu.Yuyu masak makanan fav abang sebagai tanda maaf k."Yuyu cuba memujuk Syahrell.Lega melihat senyuman Syahrell.Dia mandi kemudian ke dapur untuk masak.

"Abang nak apa?" Yuyu ketika itu sibuk memotong bawang apabila Syahrell masuk ke ruang dapur.

"Yuyu rapatkah dengan Ikmal?"Tak habis lagi.Masa di ruang tamu televisyen je yang hidup manakala dia sibuk memikirkan keakraban Ikmal dengan isterinya sehingga dia sendiri datang untuk bertanya dengan Yuyu.

"Rapat kot.Biasanya masa Ikmal datang hantar Hazzel dia bercerita dengan Yuyu sebelum pergi kerja.Dia pun ada request nak kawan dengan Yuyu.Dia senang dengan Yuyu sebab ceriakan anaknya yang sedih sebab dia berpisah dengan isteriya."Cerita Yuyu panjang lebar.Matanya fokus pada pekerjaannya.

"Apa?!"Tersedak Syahrell yang sedang minum air apabila mendengar kata-kata Yuyu itu.Yuyu sudah gelabah bila melihat keadaan Syahrell.

"Yuyu tolong jangan rapat dengan Ikmal."Kata Syahrell.Tahulah Yuyu suaminya itu sedang cemburu.Betullah dia cemburu.Siapa tak cemburu bila isteri dia rapat dengan lelaki lain.

"Abang janganlah risau Yuyu sayang abang aje."Kata Yuyu pula.Dalam diam dia menyembunyikan senyuman.Sayang juga Syahrell kepadanya.

"Ikmal dah berpisah dengan isterinya.!"Inilah yang merisaukan Syahrell.