BAB 45:

Hari ni macam biasa Yuyu mengajar di tadika.Hubungannya dengan Syahrell alhamdulillah semakin baik dan mereka semakin bahagia.

"Aish dah kenapa pula kepala aku ni pening semacam?"Yuyu mengurut-ngurut kepalanya menggunakan tangannya berharap agar rasa pening itu berkurang.

"Cikgu sakit ka?"Tanya Mia yang perasaan keadaan Yuyu itu.

"Pening sikit."Kata Yuyu smabil tersenyum memandang anak muridnya yang prihatin itu.

"Hazzel pandai urut.Kalau papa sakit kepala Hazzellah yang urut."Kata Hazzel pula.Kemudian dia mengarah ke arah Yuyu untuk mengurut kepala cikgunya itu.

Lepas tamat mengajar Yuyu singgah ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan tapi berita lain pula yang dengar.

"Puan tak apa-apa mungkin kita perlu melakukan pemeriksaan."Kata Doktor yang dijumpanya itu.

"Pemeriksaan apa?"Tanya Yuyu.Cuak juga dia.Kot-kotlah dia ada sakit lain.Maklumlah sekarang ni macam-macam penyakit ada.

"Pemeriksaan sama ada puan mengandung atau tidak.Biasanya gejalah-gejalah macam ni tanda mengandung.Apa pun kita buat pemeriksaan dulu.

"Mengandung?"Yuyu terkejut campur teruja biarpun perkara ini belum pasti.Siapalah yang tak nak mengandung.Tak terfikir pula dia.sekarang pun dia belum uzur lagi biasanya pertengahan bulan macam ni dah datang.

"Tahniah Puan Yuyu awak mengandung 2 minggu."Kata Doktor perempuan itu setelah mendapat keputusan ujian kehamilan Yuyu.

"Alhamdulillah."Yuyu menadahkan syukur.Rasa macam nak lompat sekarang ni pun ada juga.Pasti Syahrell gembira kalau dapat tahu semua ni.Tidak sabar dia untuk berjumpa Syahrell bagi memaklumkan berita gembira ini.Sebelum pulang dia singgah makan di restoran berhampiran.

"Saya nak Nasi beriani ayam dan fresh orange."Kata Yuyu kepada pelayan restoran itu.Patutlah selera makan dia semakin meningkat akhir-akhir ni rupanya dah berisi.Dia fikirannya asyik terbayangkan wajah Syahrell sebaik mendapat tahu berita ini.

"Abang."Kata Yuyu sebaik melihat Syahrell sebaik dia duduk semula dikerusinya selepas ke tandas.Dia di meja bahagian dalam restoran manakala Syahrell pula di bahagian luar.Baru aje dia nak kesana pergerakannya segera terhenti apabil terlihat kedatangan Hawa ke tempat Syahrell.

"Apa semua ni?"Air matanya sudah tidak dapat di tahan.Tidak dipedulikan orang yang memandangnya.Yuyu terus ke kaunter pembayaran untuk membayar bil makan sebelum dia berlalu pulang.

"Maafkan Yuyu abang.Yuyu perlukan masa."Kata Yuyu lalu meninggalakan sekeping nota untuk Syahrell sebelum berlalu.Dia pun tidak tahu hendak kemana.Sepatutnya hari ni ialah hari yang paling gembira buatnya tapi telah bertukar menjadi sebuah terajedi.Dia penat,penat dengan apa yang berlaku.Syahrell masih cintakan Hawa.

*****

"Assalamualaikum.Sayang abang dah balik."Kata Syahrell sebaik masuk ke rumah.Pelik biasanya masa-masa macam ni Yuyu biasanya Yuyu dah ada.Syahrell melangkah ke bilik mereka kot-kotlah Yuyu ada di situ tapi hampa isterinya itu tiada di situ.Apa yang dijumpanya hanya sekeping nota yang memberitahu pemergian Yuyu.

"Kenapa Yuyu tiba-tiba tinggalkan aku?"Soal Syahrell kepada dirinya sendiri.Yuyu tahukah dia berjumpa Hawa hari ni?Tapi macam mana pula Yuyu tahu?Puas nombor isterinya itu di dail tapi tidak berjawab.

"Kampung."Syahrell sudah bersiap untuk balik tapi langkahnya terhenti.Dia berfikir sejenak.

"Ibu Yuyu tak tahu pasal ni jadi mesti dia takkan balik ke kampung sebab tak nak ibunya tahu pasal ni.Lainlah kalau ibu aku memang tahu.Afiqah?"Teringat pula pada sahabat baik Yuyu itu.Mesti dia tahu sesuatu.Nombor Afiqah segera di dail.

"Assalamualaikum Afiqah.Yuyu mana?"Belum sempat Afiqah menjawab Syahrell sudah menyoal disebabkan gelabah.Afiqah pula dah tahu mesti Yuyu dan Syahrell gaduh kalau tak,tak adalah Syahrell tanya soalan cepu berlian macam ni.Isteri dia takkan dia tak tahu ada dimana.

"Waalaikumsalam.Apa lagi abang Rell dah buat kat sahabat baik Fiqah ni?Abang tak kesian ka kat Yuyu yang sentiasa berusaha untuk menangi hati abang?"Afiqah sudah membebel.Syahrell tidak ada masa untuk semua ini.Apa yang dia mahu tahu keberadaan Yuyu sekarang.

"Afiqah abang tahu abang salah tapi tolonglah bagi tahu abang Yuyu ada kat mana?"Rayu Syahrell.Dia risaukan Yuyu.Tidak pernah Yuyu buat macam ni.

"Afiqah minta maaf abang tapi Afiqah memang betul-betul tak tahu Yuyu kat mana.Memang apa-apa dia akan bagi tahu Yuyu tapi kali ni dia tiada bagi tahu Afiqah apa-apa pun."Usai itu Afiqah menamatkan panggilan telefon.Geram dengan Syahrell.Lepas tu risaukan keadaan Yuyu.Biarlah perkara ni hanya mereka yang tahu tidak perlulah diberitahu kepada Puan Yulia dan Puan Sofia.