BAB 33:

"Afiqah kejap."Panggil Syahrell sebaik melihat Afiqah yang menuruni tangga rumah.Hari dah petang jadi Afiqah nak pulang.

"Kenapa bang?"Tanya Afiqah sambil menghala ke arah Syahrell yang duduk di kerusi pada halaman rumah Puan Yulia.Geram juga dia dengan lelaki di hadapannya ini sebab telah melukakan hati sahabat baiknya.

"Tolong abang pujuk Yuyu.Abang menyesal sebab lukakan hati dia.Sampai sekarang dia masih tak maafkan abang."Luah Syahrell.Sejuk juga hati Afiqah bile dengar Syahrell mengaku dia kesal sebab lukakan Yuyu.Ingatkan lelaki ni tak ada hati perut.

"Apa kata abang bagi Yuyu gembira.Maksud Afiqah bagi apa yang dia mahu.Cuba abang fikir apa yang Yuyu nak."Cadang Afiqah.Harap boleh membantu.Boleh pakai juga idea Afiqah ni tak adalah merapu macam selalu.

"Terima kasih Afiqah."Syahrell sudah tersenyum-senyum.Afiqah sudah naik pelik melihat Syahrell yang tadinya sedih kini happy semacam.Apalah yang lelaki ni fikirkan.