BAB 15:

Setelah lama menghitung hari akhirnya tibalah hari ini.2 hari jak pun di hitung.Barang-barang yang nak di bawa dah di masukkan oleh Syahrell ke dalam kereta,tinggal nak bersalaman aje sekarang ni.Abin mestilah bawa,kalau tak ada yang tak boleh tidur lena nanti.Syahrell juga yang jadi mangsa nanti.

"Ibu Syahrell dan Yuyu pergi dulu nanti ada masa kami datang."Syahrell menyalami tangan puan Sofia dan puan Yulia.Begitu juga Yuyu.

"Jadi isteri yang baik ya anak ibu ni.Jaga suami baik-baik.Jangan ikut tips Fiqah tu pula.Ibu sayang Yuyu tau.Kalau dah sampai jangan lupa bagi tahu kami."Yuyu berpelukan dengan ibunya.Kedua-dua pipi serta dahi ibunya di kucup mesra begitu juga dengan puan Sofia.Air mata tak payah cakap macam dah nak setangki.Ini belum lagi dengan Afiqah.

"Afiqah."

"Yuyu."

Drama air mata dah mula. Yuyu berlari ke arah sahabat baiknya itu sebelum mereka berpelukan.Dua-dua menangis.Sabar ajelah.

"Kau jangan lupa aku tau.Call aku selalu."Kata Afiqah.

"Sewel ka aku nak lupa sahabat aku bergila sejak kecil lagi."Kata Yuyu.Bertambah deras yang air mata.Syahrell,puan Yulia dan puan Sofia di tepi hanya menjadi pemerhati.Bila nak habis ni?

"Tapi boleh tahan juga ya kau punya tips belum buat abang Rell dah cemburu."Bisik Yuyu.Teringat dia kejadian hari itu di mana Syahrell merampas buku catatannya yang bewarna pink.Hek eleh sempat lagi.

"Kan dah cakap.Terbaik punya."Afiqah siap buat gaya jempol lagi.

"Hah apa lagi kamu dua tu?"Soal puan Yulia kepada mereka berdua.Laju dua-dua menggeleng untuk mengatakan tiada apa-apa.Padahal sebaliknya.

"Ok lah dah lambat ni.Assalamualaikum."Ucap Syahrell sebelum dia dan Yuyu masuk ke dalam kereta.Kalau dia tak cakap macam ni sampai esok lah mereka tak akan sampai.

"Waalaikumsalam."Jawab mereka bertiga serentak.

Macam manalah kehidupan Yuyu dan Syahrell lepas ni?...