BAB 36:

Hari ni hari kedua dia bekerja di sini.Yuyu masih cuba untuk rapat dengan Hazzel biar pun budak itu masih terus bersikap dingin terhadapnya.

"Hai Hazzel.Boleh cikgu teman Hazzel makan?"Kata Yuyu sambil melabuhkan duduk di sebelah Hazzel.

"Boleh tak cikgu duduk kat tempat lain?!Ini tempat saye!Kenapa cikgu ni sibuk sangat pasal saye!"Usai bercakap budak kecil itu berlalu.Kesal juga Yuyu sebab Hazzel tidak jadi untuk makan gegara dia.Dari jauh Cikgu Mastia memerhati mereka.

"Yuyu kena sabar sebab Hazzel memang macam tu.Sejak dia masuk lagi.Cikgu-cikgu lain dah putus asa nak dekat dia tapi saya lihat Yuyu ni tak pula."Ramah Cikgu Mastia berbicara.

"Saya bukan apa kesian dekat dia asyik sendiri aje.Cikgu tahu tak kenapa dia macam tu?"Tanya Yuyu.Siapa tahu dapat bantu kalau dia tahu apa sebenarnya masalah Hazzel.Kalau boleh dia nak semua anak muridnya gembira semasa dia mengajar.

"Saya pun sebenarnya tak tahu.Nak tanya ibu bapa dia tapi tak ada kesempatan masa sebab mereka sibuk bekerja."Terang Cikgu Mastia.Kagum dia melihat kesungguhan Yuyu yang semangat untuk menolong Hazzel.Yuyu dah pasang azam tak akan berhenti selagi dia tidak dapat menceriakan Hazzel seperti kanak-kanak lain.

*****

"Hawa nak apa?Kenapa sampai kat tempat kerja abang?Abang sibuklah."Tanya Syahrell kepada gadis yang ada di hadapannya kini.Kalau boleh dia ingin melupakan Hawa dan bagi peluang kepada Yuyu.Tapi gadis di hadapannya ini tidak berhenti ingin mereka seperti dulu lagi.

"Hawa nak abang.Hawa yakin abang masih sayangkan Hawa.Kalau Yuyu tu bukan isteri abang mesti abang akan dengan Hawa kan?Abang baliklah dengan Hawa.Hawa yakin Yuyu akan faham.Tak kan dia nak paksa abang suka dia."Cakaplah apa pun gadis ini memang tidak akan faham.Mudah betul dia berkata.Dia ingat Yuyu tu tak ada perasaan ka?-_-